Tuesday, May 31, 2011

Vanilla cuppies and Cheese Choc Brownies...

Salam... sepatutnya sy update blog ni Jumaat lepas.. tp ntah kenapa dr hari rabu sampai la ke hari ni migrain sy tak berhenti berdenyut.. huhu.. risau gak takut kena darah tinggi je.. sebab keturunan ada. Takut la plak nak pegi check... huhuh...minta2 dijauhkan la ye... dalm keadaan yg tak berapa sempurna, fridge pulak rosak..huhu.. sabar je la... lastweek order agak banyak.. 200 cuppies..100 pickup ari khamis dan 100 pickup ari jumaat. Choc cheese brownies pickup ari sabtu... Thanx to Mazlin, kawan K.Ina (sorry x tahu nama) dan Liza. Hopefully u enjoy the cake..

**credit to design owner. 

100 vanilla cuppies.. Thanx Mazlin

Another 100 tak sempat upload picture sebab sakit kepala yang amat. Harap ada yang amik dan tag pada saya.

Choc Cheese Brownies.. thanx to Liza

Wednesday, May 18, 2011

Order 12-15 May 2011

Salam semua... Selamat Hari Wesak kepada yang beragama Buddha... semalam cuti.. so mood nak update blog pun ke laut..hahaa... kat ofis rajin plak.. maybe sbb blum banyak keja lg kat ofis ni.. Mggu lepas adalah minggu yang sibuk... bila dah keja ni.. sampingan buat kek rasa sangat penat.. mungkin sebab masa limited.. sampai rumah dah dkat pukul 7 malam.. slalu start buat kek lpas isyak.. sbb senang abiskan sembahyang dlu (klau tidak... alamat isyak pkul 3 pagi..haha.. pkul 11 malam slalu dh start ngantuk lebih-lebih lagi esok nya nak kena bangun pkul 6 pagi... so jadi harap smua paham klau ada order yang sy tak dapat amik.. siapa cepat dia dapat... bukan sombong tp masa tak mengizinkan..

Ok la.. order kali ni di syorkan oleh kawan sekolah saya dulu.. Yan.. thank you so much dear... Kak Sue dari Maybank order for birthday party anaknye... Moist Choc Cake with Choc Ganache filling di deko bentuk Mickey Mouse untuk anaknya Aleesya dan Adam.. Sugar Cookies Mickey Mouse juga... dan Red Velvet Cuppies... Turut sama order mggu lepas Kak Ina dan Iqa (rakan sekerja) order Oreo Cuppies dan Red Velvet.. Tak lupa juga my special client Khalilah a.k.a Kelly yang order tiap minggu (3 weeks in a row..hehe.. thank you daling.. love u) mggu ni she's ordered Mix Muffin...

Ok la.. sila layan gambar-gambar yang ada.. klau berkenan.. contact je sy k... take care smua..~Muahhhh


Red Velvet Cuppies


Sugar cookies Mickey Mouse


Mickey Mouse theme Chocolate cake


In the box..


Red Velvet Cuppies


Mix Muffins..



Monday, May 9, 2011

Red Velvet dan Tarts

Salam Isnin... hari ni mood blues cit.. bukan pasal keja... mmg excited nak pg keja, tp anak pulak demam ari ni... syian dia.. hantar pegi taska pun menangis tak berhenti... sayu je hati mama..huhu.. Get well soon my dear.. Hmm.. meh la sambung sembang.. klau dilayankan blues ni sangat, ke laut jadinye..hehe.. Sebelum tu Iris Kitchen nak wish 'HAPPY MOTHERS DAY' to all mothers out there.. You've done a great job.. You're the most wonderful persons in the whole world... Always love you mum.. AlFatihah~ for my late mum..

Semalam, rajin terlebih untuk baking for my sister in law yang tengah berpantang lepas melahirkan anak ke 2... and for her mother also yang tersangat baik pada saya sekeluarga.. Happy Mothers Day, aunty and Ida.. So saya rasa Red Velvet is the best cake to show our love... ehehe.. because of the taste (with cream cheese topping) and maybe because of the color... Tp nak dijadikan cerita color merah kat rumah tinggal sikit..huhu.. tu yang warna x berapa nak merah tu... xpe la.. janji sedap... Anak saya je dah makan tiga ketul hokeyyy....hehe


masih dalam oven....  can't wait **wink**wink


after frosting with cream cheese.. yummmy!!


Tadaaaaaa..... Tempting kan????


Selain itu, weekend ni pun Alhamdulillah.. ada order lagi.. 250 cheese tarts dan 20 fruit tarts... Sbnarnya buat tart ni.. yang remehnya bila nak buat kulit nya.. nak mengantuk juga la bila asik menggentel doh tu..ahahaha... Ok la.. tak tau nak tulis apa lagi.. ni kat ofis, so nak sambung wat keja ofis plak... hingga berjumpa lagi.. Mmmuahhh~



lautan cheese tarts..


fruit tarts..



Wednesday, May 4, 2011

Ulangtahun Pertama

Salam... hari ni genap Iris Kitchen berumur setahun... Kalau budak-budak, dah mula belajar jalan dan berlari...Saya sangat bersyukur kerana hingga ke hari ini Iris Kitchen masih bertahan dan kukuh lagi di persada online ni..hahaha.. cehh ayat skema.. Macam-macam dugaan sy lalui.. ada kenangan manis dan pahit... Taklupa juga kepada pelanggan yang setia terutama kawan-kawan disekeliling saya yang sentiasa memberi sokongan dengan membuat tempahan daripada saya. K.Siti, Kelly, Finie, Nana, Aulia, Aleda dan ramai lagi yang saya nak sebut nama..hehe... Thanx uollsss~

Hari ni saya just nak bercerita pasal antara pengalaman saya, yang manis dan yang pahit.. Antara yang paling saya tak boleh lupakan ialah membuat kek perkahwinan 4 tingkat untuk adik Fini. Rasanya masa tu Iris Kitchen baru berusia sebulan.. Kepercayaan yang diberi sangat mengharukan. Terima kasih daling.. Satu lagi yang paling saya tak bole lupa, menyiapkan 7000 muffin yang diorder oleh Nurul Ain sempena perkahwinan abangnya.. Perghh... makan...muffin, tido... muffin, mandi... muffin.. selama seminggu hidup saya bergelumang dengan muffin...Hahaha.. habis rumah saya dari tingkat 1 sampai 8, berbau muffin. Paling tak bole lupa, bila security bawah tanya, tau tak kat mana bau kek kuat sangat... dh 3 hari bau kek je...hahaha.. tergelak saya.. tu rumah saya la pakcik.. saya buat berniaga, ada orang tempah.. ooo... pakcik tu pun tergelak.. last2 dia pun order kek gak ngan saya.. Alhamdulillah~ Thanx Ain so much..

Ada juga pengalaman pahit yang mengajar dan membantu saya untuk lebih matang dalam bisnes ini, antaranya kek bantat...(huhu)...order tak sempat siap... deco tak menjadi...Ya Allah~  moga perkara2 ni x jadi lagi pada saya...

Oklah.. di kesempatan ni juga, saya nak share.. Order minggu lepas 300 fruit tarts yang diorder oleh k.Ina, Iqa, Kelly dan k.Nofiera... Thanx :)




Sempena ulangtahun Iris Kitchen, saya ingin menawarkan DISKAUN 30% kepada semua kawan-kawan dan pelanggan Iris Kitchen bagi tempahan kek, muffin dan cupcake. Semoga anda dirahmati Allah selalu~ Sehingga berjumpa lagi As Salam~





Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)