Wednesday, September 4, 2013

Choc Cheese Marble Cake

Sekarang ni tiap-tiap petang hujan.. Mood pun ala2 banjir gitu... hahaha.. rajin semacam je... Balik keja petang semalam, tekak rasa nak makan kek.. bahan-bahan pun smua ada.. Tgk fridge, ada pulak cream cheese.. so sbelum expired baik buat cepat2. Sebab slalunya bila saya beli barang, kadang2 sampai berkulat dalam fridge disebabkan tahap "kemalasan" yang melampau.. big smiley

Mula-mula rasa nak buat choc moist kek (kek favorite acha) tp bila pikir malas nak buat ganche.. tu yg combinekan dgn cheese tu.. buat stail ala2 brownies.. Hasilnya mmg mabelesssss.. Kek lembut dan moist sgt... cheese pun x overpower.. just nice je.. ehem..ehem... puji melambung nampak..hahaha

Ok la.. rajinkan diri la menyalin resepi ye klau teringin nak makan... klau rasa nak buat malas.. order je kat sy... ekekekekeke.. resepi hasil olahan dari dapur Maz.. sedap bangatt big smiley




Sebelum dibakar
Lepas dibakar
Hasil bedah siasat

Choc Moist cake

Bahan A
1/2 cawan butter cair
1/2 cawan susu cair (sy pakai susu full cream dutch lady)
1 cawan gula kastor
1/2 cawan air panas

Campurkan semua dan sebatikan.

Bahan B
1 sdk vanilla esen
2 biji telur gred B

Campurkan dgn bahan A. Kacau rata.

Bahan C
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sdk baking powder
1/2 sdk soda bikarbonat

Gaulkan dengan bahan A dan B yang sudah dikacau rata. Kemudian tapis bagi mendapat tekstur yang halus. Tuang dalam bekas 9" atau 10" terpulang.. Lagi kecik bekas, lagi tinggi kek, lama la sikit nak memasaknya ye... Sy guna 9" x 9". Alas dengan kertas kek.. bagi tinggi sikit bahagian sisi supaya mudah nak diangkat.. sbb kek ni x boleh diterbalikkan sebab lapisan keju di atas.. (mcm dalam gambar tu..)

Bakar mengikut kepanasan oven sendiri ye.. Macam sy guna api 170 C lebih kurang 20 minit. Guna api bawah.. Keluarkan kek selepas masak.

Lapisan Cheese Marble
250gm cream cheese
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sdk vanilla esen
sedikit choc emulco

Pukul semua sehingga kembang. Asingkan lebih kurang dua sudu dan campurkan dgn choc emulco (utk marble).  Ratakan cheese diatas kek coklat yang telah masak. Kemudian di'marble'kan dgn cheese choc emulco td menggunakan lidi.. main tarik2 je ke atas dan ke bawah...hehehe.. Bakar 160 C pun lebih kurang 20 minit. Yang ni sy guna api atas bawah..

** Pesanan penaja.. jgn overbake ye sbb kek ni klau dry, jadi x sedap.. ikut tekak penaja la... hahahaha SELAMAT MENCUBA Asian Kao



Sedekah di Ofis ;)

emoticonPEACE YO!



Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)