Sunday, January 30, 2011

Ayam dan Tauhu Sos Tiram Vs Sayur Campur

Sayur sampingan .. Simple tp sedap,  sebab main campak-campak je... mcm style cina masak..hehehe.. cuaca mendung so masak pun mendung je la.. tgk je la ye.. tak rasa nak membebel la plak ari ni..


150gm isi ayam
1 batang tauhu telur jepun (potong dan goreng)
1 biji tauhu putih (potong dan goreng)
1 inci halia (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 ikat daun kucai
Garam dan lada sulah secukup rasa

Tumis bahan hiris hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan isi ayam dan goreng hingga masak. Masukkan sos tiram dan kicap dan sedikit air. Kemudian masukkan tauhu dan daun kucai yang telah dipotong. Akhir skali perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah.. Siap ye..




Kacang buncis
Lobak merah
Jagung muda
1 biji telur
1/2 biji bawang besar (tumbuk)
1 biji bawang putih (tumbuk)
1 sudu ikan bilis (tumbuk)
Garam secukup rasa

Tumis bahan tumbuk hingga wangi, kemudian masukkan sayur-sayuran sehingga lembut. Masukkan telur dan kacau hingga masak. Jangan lupa perasakan dengan garam secukup rasa. Jemputla makan ye~


Ikan Goreng Taucu

Salam Ahad smua... pagi yang gelap hari ni.. sampai skarang... sejuk je.. nak bangkit dr selimut pun liat.. haissh.. lapar lak perut.. masak ala kadar je la..goreng2.. Dh beberapa hari tak update blog.. rasa malas je sbb ada tetamu kat rumah jd nak mengadap pc lama2 tu mcm tak syok je.. ada yang rindu ke..ekekeke (statement prasan). Sblum2 ni mmg ada amik gambar tp tu la nak upload kat cni yang takde masa.. Ok lah  layan je ye...


3 ekor Ikan Kembung (goreng dn kunyit dan garam)
1 inci halia (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
3 sudu air asam jawa
1 1/2 sudu besar taucu
5 biji tomato ceri atau sebiji tomato besar
Gula secukup rasa

Tumis bahan hiris hingga garing dan wangi. Masukkan air asam jawa dan taucu. Tambah sedikit air jika ingin berkuah. Perasakan dengan gula. Saya tak gunakan garam sebab taucu dah masin. Curah kuah atas ikan yang telah digoreng. the End~



Tuesday, January 25, 2011

Mee Udang Vs Sambal Ikan Keli & Sayur Lemak Putih

Salam... adusss..lemah sungguh rasa satu badan. I think i need to find something to boost my energy level and stamina. Easily tired nowadays..erkk nape speaking lak ni..haha..sukati la kan.. blog sy..  Okla, menu simple sebab keja banyak, so buat yang ado je.. Nak masuk entry pun rasa malas je.. slalu sy buat asing2 kan.. ni bile penyakit M dh datang.. amik ko.. smua smbat dlm satu entry..ahakksss..jangan marah ye.. skali skala je.. Ok la.. mee udang ni jgn mintak resepi ye sbb bukan saya yg masak.. ni ehsan dr my sister yang tapaukan mee udang dari Kuala Sepetang.. Tp nak jugak amik gambar sbb geram tgk udang2 tu... saje je nak bg korg terliur.. Mee udang mak teh ni mmg femes kat sana.. mmg sedap sgt lebih2 lagi klau makan dgn cili padi jeruk..perghh berasap telinga, berair idung..ewwww..hahah


Terliur kan????


Hah.. yang ni kita masak..

Sambal ikan keli
2-3 ekor ikan keli (bersihkan dan goreng garing dgn serbuk kunyit an garam)
2 kpg asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
15-20 cili kering
1 1/2 biji bawang besar
1 inci belacan
1 sudu besar kan bilis

Tumis bahan kisar hinga wangi dan garing, masukkan asam keping dan garam  dan gula. Kalau nak letak bawang merah kecil pun bole, sedap.. saya suka rasanya manis. Setelah cukup rasa, masukkan ikan dan gaul sebati. Masak hinga kuah sedikit kering. Hidang~




Sayur Lemak Putih
4 btg kacang panjang
1 btg lobak merah
5 biji jagung muda
1 keping tauhu putih (goreng)
1 keping tempe (goreng)
Suhun dan Tauhu Kering (sy tak letak sbb terlupa..huhuu)
1 cawan santan
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu ikan bilis

Yang ni paling senang masak...haha.. masuk je semua dalam periuk dan rasakan dengan garam. Masak hingga mendidih dan sayur lembut.. bukan lembik ye.. ok siap!


Friday, January 21, 2011

Bubur Lambuk Berempah

Salam Jumaat.. lewat masuk entry ari ni.. bdn tak sihat.. seharian terbaring je.. makan tghari pun en suami beli kat kedai..isk..isk..kesian dia. Thanx sayang.. Kul 8 malam baru rasa kebah sikit, teringin makan bubur. Tekak tengah takde selera. Kebetulan adik pun baru call tadi bagita dia dh on the way dari jb..hmm.. bole la masak banyak skali... ringkas, kenyang dan tak payah masak banyak lauk... jamu la mata ye.. klau rajin cuba la. Bubur ni sedap, resepi dari arwah mak. Melepas juga rindu kat mak lepas makan bubur ni..hehehe..


Beras 2 cawan (cuci dan rebus sampai lembut dan kembang)
200 gm Daging tetel (cincang dan masukkan sekali dalam beras, dan rebus bersama)
3 sudu besar bawang goreng
1 cawan santan
2 sudu besar kerisik
Rempah 4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis, bunga lawang)
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 sudu besar rempah kurma

Rebus beras dan daging hingga kembang dan empukbersama dengan daun pandan. Panaskan minyak (lebih kurang 3 sudu) dalam kuali lain, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar. Tumis hingga naik bau. Kemudian curahkan bahan tumisan ke dalam bubur yang telah kembang tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan santan dan kerisik. Perasakan dengan garam. Setelah bubur agak kering sedikit, masukkan bawang goreng dan kacau sebati. Tutup api dan hidangkan dengan bahan sampingan.

***Psstttt... sangat sedap dimakan dengan lobak masin, telur dadar goreng atau telur masin :)


Order From Khalilah Yaacob 20/1/2011

Selamat Hari Thaipusam semua... pegi berarak ke tadi.. ahakkss.. sy penah tgk sblum ni tp tak sanggup tgk lama2.. tak sampai hati rasanya, bila cucuk tang sini.. cucuk tang situ..hahahaa.. okla kita sambung status ari ni. Badan sejak balik dr bercuti ni tak berapa nak sihat la.. selsema, batuk dn demam urat (duk lama sgt dlm keta kot.. maklumlah dh tua2 ni..hahaha)... perghhh.. tp kena siapkan jugak order dr my lovely friend ni sbb dia order dh lama. Ada jugak order dia yg tak dapat sy penuhi, cake pop bentuk mickey mouse atas faktor kesihatan yang tak dapat nak mengadap kek lama2.. Maklumlah, cake pop ni memerlukan kosentrasi dan ketekunan yg tinggi.. tp klau kepala dh mengong.. satu keja tak jadi. Sorry ye kelly.. Ok order dr Kelly, Kek 12" Chocolate blueberry bentuk Mickey Mouse, Cake Pop 100pcs dan Muffin 50 pcs.. Thank you dear!!








lupa nak snap gumbar muffin.. tp nothing spesel.. sama je mcm muffin yg org lain buat..ahakksss.. Ok the End~


Monday, January 17, 2011

Asparagus Goreng Udang

Kebetulan baru turun dari Cameron semalam, belila asparagus ni.. mahal jugak.. satu ikat (lebih kurang 12 batang) RM10..huhuu.. tp suka.. Jumpa lak cendawan butang yang kecik dan comel... campurkan sekali.. senang dan mudah.. makan dengan sambal tumis petai tadi.. perghh.. nenek makan bertambah 2 kali...hahah


1 ikat asparagus
10 ekor udang
1 bungkus cendawan butang segar(lebih kurang 200gm)
Lada sulah dan garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis

Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak. Masukkan udang. Kemudian masukkan sayur asparagus dan cendawan. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Masak lebih kurang 5 minit dan kemudian hidangkan.


Sambal Tumis Petai dan Sotong Kering dan TAGGING

Salam semua... fuhhh.. penatnye rasa badan setelah berjalan tanpa henti.. dr Shah Alam ke Perak, kemudian ke Penang kemudian ke Johor, balik semula ke Perak dan Penang.. akhir sekali baru balik rumah. Rasa mcm nak tercabut pinggang duk dalam keta lama-lama.. Sebenarnya bercuti ni tak dirancang. Adik perempuan saya yang suka buat cuti mngejut slalu muncul kat rumah tiba-tiba dan ajak berjalan. Kebetulan minggu lepas suami sibuk, jadi bole la ikut.. (cuti free ko.. sape tak nak..hahaha.. jangan mare..) Okla, menu hari ni permintaan nenda ku tersayang.. kbtulan dia ada kat rumah.. jadi tunaikanlah permintaan nya sementara dia masih ada.. Memang sedap giler sambal ni.. takde pakai gula.. tp sangat membuka selera. Petai pun tak buang kulit..mmm.. sedappp..


5 papan petai padi (kecik2 buahnya.. klau pakai petai papan pun bole..)
* kikis kulit
5 ekor sotong kering (sy guna yang kecil- rendam hingga lembut)
Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar (hiris halus)
Minyak untuk menumis dan Garam secukup rasa
2 sudu air asam jawa

Bahan Kisar
20-25 cili kering
1 biji bawang besar
2 inci belacan
1 sudu besar ikan bilis

Tumis bawang besar yang dihiris halus sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan air asam dan rasakan dengan garam. Masukkan petai, ikan bilis dan sotong kering. Masak lebih kurang 5-7 minit dan pastikan sentiasa kacau agar sambal tidak hangus. Kemudian siap!!




Okla.. sambil makan sambal tu, ni nak citer pasal tagging dari Kak Lin yang bagi tag Segmen Jom Berkenalan. Tima kasih banyak Kak Lin.. terharu sy..heheh.. nak kenal kita ngan lebih rapat ye.. ok.. mari kita tgk soalan2nye yang mencabar..ekekeke

Apakah status anda?
Saya ni bini orang..

Ceritakan tentang diri anda?
Hmm.. sy seorang yang suka masak dan suka makan. Dulu ahli sukan, tapi sekarang ni badan mcm dipam2.. haha.. suri rumah dan home businesswoman buat masa ni. Mempunyai seorang anak perempuan yang sgt comel dan lasak. Umur sy 30 tahun..apa lagi ye..hmm

Cerita Tentang Blog Anda...
Haa.. part ni sy suka nak menjawab.. Blog ni asalnya sy nak promote bussiness kek yang sy usahakan hampir setahun lepas.. tapi kawan2 asik tanya resepi.. so dengan murah hati sy  buat la blog ni. Selain dari promote business kek yang sy buat, sy dapat tambah kenalan (mcm kak lin), dapt kongsi resepi, dapat tips dan petua.. seronok rupanya.. Senang citer, blog sy ni mesra alam la...hahaha

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Pandangan sy, tulis blog ni sama mcm kita berkarya. Apa yang kita tulis dan paparkan merupakan legasi yang akan kita tinggalkan pada anak-anak kita.. kalau baik yang tulis, baiklah pandang yang kita terima.. klau buruk yang kita tulis.. buruk la pandangan org pada kita.. jadi tepuk dada tanya selera... sebaiknya gunakanla untuk berkongsi ilmu dan ke arah kebaikan.. jgn la dok gossip je ye.. :)

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog..
Buatla cantik-cantik.. nant sy suka dtg melawat..hahahaa.. lg satu bila dah buat blog tu.. jgn la lupa link kita skali ye.. hehehe

Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda?
Unik? hmm.. tak tau la.. biasa je.. just suka2 nak sharing ngan org.. takde unik.. paling tidak pun suka tukar background banyak kali..hahahah.. jgn pening ye..

Sampai bile hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Selagi larat dan ada masa.. selagi tu la sy menulis blog ni... impian agar business yang sy jalankan mendapat tempat dihati pelanggan saya.. Sy ikhlas mencari rezeki untuk anak2 sy.. 

Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat..
Hmmm... salam perkenalan ye pada list di bawah..

okla.. itu aje wat masa ni ye kak lin... nant kita sembang lagi.. pasni nak masukkan entry sayur plak.. Layannnzzzz..


Wednesday, January 12, 2011

Maaf ye tuan rumah pegi bercuti...

Salam.. Maaf sebab banyak kwn2 yg visit sy tp sy x dpt nk entertain.. Skrg ni sy di jb selama 3 hari. Mggu lepas kat perak 4 hari.. Ni pun check blog dn fb thru phone. Jd harap jgn ada yg kecik hati or ckp kita sombong ye.. Sy sendiri pun x sabar nak balik rmh sendiri.. Haha.. Bercuti mmg sronok, tp penatnya tuhan yg tahu. Ok la.. Nant kita share kay story pasal cuti2 ni.. Mmmuuaahh!!

Friday, January 7, 2011

Talam Seri Muka Pisang

Salam Jumaat... sekejap nya masa berlalu kan... hmm menu ari ni dessert lg. Lunch kitorg makan luar lg hari ni..ahakks.. Ni kukus pg tadi. Sbnarnya nampak kuih ni kat rumah kak Jun , mmg sgt sedap. Lembut dan wangi.. slalu makan seri muka pulut.. ni first time makan seri muka pisang.. Dan nak dijadikan citer, ni gak first time seumur hidup yg dh tua ni, saya buat kuih talam.. Seronoknya bila bawak kuar dari kukus dan yeayyyy!! kuih ku jadi... tgk la ye :)


Neves..neves.. ni br kuar dari kukus.. nampak cantik dr luar.. mcm mana rasa dan teksturnye ye..hmm tak sabar.. cepat la sejuk..

Bawah
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
2 cawan pisang lenyek
1/2 cawan gula
2 sudu kastad

Campurkan semua dan kukus selama 20 minit..

Atas
60gm tepung gandum
100gm gula
250gm santan
50gm jus pandan (sy pakai esen pandan sbb lupa nak beli daun pandan..ahaha)
1/2 sudu tepung jagung
2 biji telur
sedikit garam dan pewarna hijau

Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...



Tadaaaaaa.. Hasilnye.. sgt puas hati tp sebab sy ni buka org yg cermat.. potong pun ala kadar janji sedap masuk mulut ko...hahahah.. mood suka sangat ;)


Thursday, January 6, 2011

Strawberry Cheese Crackers

Salam lagi sekali.. ni menu minum petang ari ni, nampak kat fb Mamazieza ari tu.. teringat2..nak cuba jugak. Perghh... memang sedap sgt.. very light, creamy and mmmm.. tak leh nak describe... sedap especially makan sejuk2. Mcm makan ice cream, ada rasa secret recipe ckit (bole caya ke...ekekeke..) tp mmg tak tipu..sedap. Cuba la.. tq mama for sharing this wonderful yet very easy recipe :) Mmuahhh.. for you..


Biskut Cream Crackers (any brand, i'm using Julie's)
250gm Cream Cheese
65gm Butter
1/2 cup sugar
Strawberry jam
Milk (i'm using HL)

Whip cream cheese, butter dan gula sampai kembang. Then sapu jam pada each crackers, then dip dalam milk kemudian susun dalam mangkuk or container.1st layer crackers diikuti dgn cheese (u ols bole sapu, tp sy nak senang masuk dlm piping beg, then pipe kan je atas crackers td) dan seterusnya sampai cheese habis. Sy dapat dlm 3 layer.. Then chill kan dalam fridge... sangat sedap!!! TRY this...


Sup Telur Dgn Kubis

Sup ni utk anak sy sebab dia tak makan pedas.. jd kena la masak something... senang je sup ni.. main campak2 je..hahaha.. campak bahan dalm periuk takpe.. jgn campak periuk sudah la ye... layannzz


Bahan tumbuk
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 sudu ikan bilis

Bahan
1/2 biji kubis bulat
1 batang lobak merah
Suhun
Tauhu kering
2 biji telur
Lada sulah dan garam secukupnya

Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak hingga naik bau.. Masukkan air dan sayur-sayuran. Rasakan dengan garam dan lada sulah. Masukkan telur, jgn di kacau kuat.. kemudian masukkan suhun dan tauhu kering. Reneh hingga masak.. Siap!!



Asam Pedas Pari Dengan Belimbing Buluh

Salam semua... hari ni sesi mengemas rumah dan mengabiskan stok..haha.. sok nak pi bercuti kat Perak lg.. Hari ni kita basuh dua bakul baju, haha dah mcm kedai dobi rumahku.. maklumlah.. minggu ni busy sikit kat dapur. Rumah pun dah mcm kapal karam..hahaha.. banyak harta karun ko.. ok la.. mengarut je lebey.. ari ni masak menu lengkap ckit sebab ari ni baru rasa lapang, 2 ari tak masak.. makan kat kedai je.. Orang selatan mmg tak leh berpisah dgn asam pedas..kena plak dgn cencaluk, mak mentua lalu pun tak toleh dah.. :D

ok tu menu lengkap ari ni.. sup telur dgn kubis, asam pedas ikan pari dn cencaluk... ada ikan goreng tp tak masuk dlm gmbr.. lupa la.. hahaha



Ikan Pari 5-6 keping
Belimbing buluh
Air asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
10-15 cili kering
1 sudu belacan

Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Minyak biar banyak ye lebih kurang 4-5 sudu. Setelah wangi, masukkan air (lebih kurang secawan), garam dan ikan pari. Didihkan kemudian masukkan air asam jawa (sy masuk satu sudu je sbb belimbing dh masam) dan belimbing buluh. Reneh hingga masak dan kemudian hidang dengan nasi panas-panas....



Cencaluk tak payah la resepi.. sonang jo.. hiris bawang, cili padi kemudian perah limau... perghhh.. br lpas makan td. tgk cencaluk ni rasa lapar balik pulak...huhuu


Tuesday, January 4, 2011

Cuppies and PROMO Jan 2011

Sesi skolah 2011 dah bermula... Project pun start smula. Ni tlg kawan sbnarnya.. Alhamdulillah dapat sambutan hangat.. Meh la layan gambar ye mana tau bole bantu u alls cr idea nak decorate cuppies sendiri.. Nak order pun bole.. isi je form tu ye.. 













After packing.. tggu deliver.. by the time i post this.. dah sold out pun..hehe

yg bawah ni second day punye.. pon sold out.. Alhamdulillah...










Ok nak citer promo sikit.. Promo bulan lepas dah habis.. so ni promo baru ye..

Muffin RM0.50 per pcs (medium - min 50 pcs)
Cakes Pop RM 1.00 per pcs (min 50 pcs (standard design))
Wedding Cake 1 tier fondant RM 90.00 (size 7")

Promo hingga 30hb Januari 2011 je ye... Cepat dapatkan your order sblum tarikh tutup!! TQVM...


Sambal Goreng Jawa Selangor

Salam pembuka kata.. letihnye.. sbnrnya ni lauk semlm tp semalam tak larat nak buka lappy sbb keletihan sgt. Maklumlah skolah dh mula (mcm ada anak skolah..hahaha) projek skolah pun bermula.. tu yg letih sgt mem 'baking'. Sambal goreng jawa klau ikut resepi asal dr makcik sy guna udang, tp udang takde maka belasah apa yg ada haha.. bak kata P Ramlee.. hari-hari makan hati.. hehe

Sambal ni faveret saya, dalam sebulan mesti paling kurang dua kali masak lauk ni sebab saya suka ratah mcm tu je.. Rasa manis2 pedas.. Check it out kay..



Hati lembu 200gm atau Udang 300gm
Tauhu 1 keping (potong dadu dan goreng)
Tempe 1 keping besar (potong dadu dan goreng)
Kentang 2 biji (hiris dan goreng)
Suhun
Tauhu Kering
Kicap Manis 4 sudu
Garam secukup rasa

Bahan Hiris
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 biji cili kering

Tumis bahan hiris sampai naik bau, kemudian masukkan hati dan sedikit air (lebih kurang sesenduk). Masukkan garam dan kacau sebentar dan masukkan kicap. Setelah mendidih, masukkan bahan goreng lain dan suhun serta tahu kering yang telah direndam dahulu.. Kacau hingga kering dan siap.. :)

Sunday, January 2, 2011

Masak Lemak Cili Api Ikan Merah dgn Belimbing Buluh

Kjap je dah masuk hari ke dua dalam tahun 2011.. tup tup dah nak masuk 2012 plak.. masa berlalu tanpa disedari kan.. hmm.. Okla, ari ni saya masak lauk air mata..hahaha.. sbb bile makan confom keluar air mata (sbb pedas sgt) Bukan terlebih cili, tp cili ni amik dr kebun mak lang.. mmg pedas giler rupenye.. mana la kita tau...huhuu slalu standard bubuh dlm 5-8 biji cili api, biasa je rasanya.. kali ni, masa masak dh terasa pedas bila asik bersin kat dapur. Dia punya kaw sampai berpeluh makan... haishh.. layan la resepi ni ye.. sedap mmg sedap, tp sy ni tak kuat pedas.. jd makan pun kurg la.. klau dapat kat adik bongsu sy, pedas mcm ni pun dia bole hirup kuahnye..haruuuuu



Ikan Merah 2-3 potong (klau nak masak seekor, gandakan bahan-bahan lain k..)
Belimbing buluh 8-10 biji
Serai 1 batang (ketuk)
Santan 1 cawan
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
6-8 biji cili padi (ikut selera)
1 inci kunyit


Masukkan bahan kisar dan serai dengan 1 cawan air dalam periuk. Masukkan garam dan biar hingga mendidih. Bila mendidih, masukkan ikan dan biar hingga empuk. Masukkan santan dan belimbing buluh. Rasa garam, klau kurang tambahla ye.. Bila masak, tutup api dan hidang.. Selamat menjamu selera~


Saturday, January 1, 2011

Tumis Air Cendawan dan Tauhu

Sebagai pelengkap lauk daging tadi, mcm tak syok takde sayur.. Saya satu keluarga kurang gemar makan sayur hijau.. ikut mood.. huhuuu.. tp cendawan memang paberet. Anak paling suka.. Dilengkapkan dgn tauhu agar seimbang dan bagi warna sikit supaya nampak meriah. Ok la.. tak tau nak bebel apa.. jamu la mata ye.. klau berani cuba la..hahahaha


Cendawan tiram 1bungkus
Tauhu 1 biji (potong nipis dan goreng)
Lada sulah
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Tumbuk
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 sudu ikan bilis

Tumis bahan tumbuk sehinga naik bau, kemudian masukkan air. Setelah mendidih masukkan cendawan dan tauhu. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Masak hingga cendawan lembut (bukan lembik ye)... jgn lama dlm 2-3 minit je.. Siap.. jemput la makan..


Sambal Kicap Daging dan Selamat Datang 2011

SELAMAT TAHUN BARU semua.. Blog pun bersemangat kuda belang gitu..ahahaha.. Mood yang ceria terutamanya dapurku dah berasap kembali..hahahaha.. Soalan standard tahun baru > Apa azam anda tahun ni? hehehehe... Sy tak mau letak azam.. cuma berharap tahun ni pelangi bersinar dalam hidup saya dan lebih baik dari tahun lepas. Segala suka dan duka terutamanya duka tahun lepas, biarla tersimpan dalam stor buruk je.. tak mau dikenang kembali. Saya doakan kawan-kawan saya dikurniakan tubuh badan yang sihat, umur yang panjang dan rezeki yang murah.. Aminnn.

Oleh kerana ari ni dapurku berasap smula setelah 2 minggu tak masak..ahakks.. terasa nak makan daging, tp tekak terasa muak nak makan bersantan ari ni.. so masaklah sambal kicap daging ni.. Plan asal nak buat Blackpepper daging.. skali ku selongkar dapur, stok blackpepper ku habis daaa.. so ubah menu last minit..huuu.. takpe ni pun layan gak..


Daging Batang Pinang 300gm (hiris nipis)
Kentang (hiris nipis)
Lobak Merah (potong dadu)
6 sudu kicap manis
2 sudu sos tomato
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
5-8 tangkai cili kering
1 inci halia


Tumis bahan kisar sampai wangi dan garing. Masukkan air dan daging. Letak garam, kicap dan sos tomato sekali. Masak daging sampai empuk dan kuah separuh kering, masukkan kentang dan lobak merah. Masak hingga kering dan dimakan dengan nasi panas... Senang dan mudah ;)


Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)