Monday, October 14, 2013

Choc Cheese Haven Cake

Salam petang.. Maaf sbb tertunggak lama nak masukkan post resepi kek ni.. keja bertimbun2 bertambah lagi dgn kelas yang baru start.. Kek ni lebih kurang sama dgn choc cheese marble cuma cheesenya krim bukan dimasak seperti kek choc cheese..



Silalah salin ye kakak-kakak emoticon

Utk resepi kek please klik Choc Cheese Marble ye.. resepi kek yang sama..

Krim Cheese Haven

150 ml Whipping Krim Non Dairy
250 gm Cream Cheese
2 Sudu Besar Gula Aising
1 sdk esen vanilla

 Sedikit Choc Masakan / Dark Choc

Pukul cream cheese dgn gula aising dan esen vanilla.. Setelah kembang, masukkan krim dan pukul hingga gebu.. sapukan atas kek. Kemudian cairkan coklat, dan lorekkan atas kek seperti dalam gambar.. hehee senang kan.. Enjoy!!!




Wednesday, September 4, 2013

Choc Cheese Marble Cake

Sekarang ni tiap-tiap petang hujan.. Mood pun ala2 banjir gitu... hahaha.. rajin semacam je... Balik keja petang semalam, tekak rasa nak makan kek.. bahan-bahan pun smua ada.. Tgk fridge, ada pulak cream cheese.. so sbelum expired baik buat cepat2. Sebab slalunya bila saya beli barang, kadang2 sampai berkulat dalam fridge disebabkan tahap "kemalasan" yang melampau.. big smiley

Mula-mula rasa nak buat choc moist kek (kek favorite acha) tp bila pikir malas nak buat ganche.. tu yg combinekan dgn cheese tu.. buat stail ala2 brownies.. Hasilnya mmg mabelesssss.. Kek lembut dan moist sgt... cheese pun x overpower.. just nice je.. ehem..ehem... puji melambung nampak..hahaha

Ok la.. rajinkan diri la menyalin resepi ye klau teringin nak makan... klau rasa nak buat malas.. order je kat sy... ekekekekeke.. resepi hasil olahan dari dapur Maz.. sedap bangatt big smiley




Sebelum dibakar
Lepas dibakar
Hasil bedah siasat

Choc Moist cake

Bahan A
1/2 cawan butter cair
1/2 cawan susu cair (sy pakai susu full cream dutch lady)
1 cawan gula kastor
1/2 cawan air panas

Campurkan semua dan sebatikan.

Bahan B
1 sdk vanilla esen
2 biji telur gred B

Campurkan dgn bahan A. Kacau rata.

Bahan C
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sdk baking powder
1/2 sdk soda bikarbonat

Gaulkan dengan bahan A dan B yang sudah dikacau rata. Kemudian tapis bagi mendapat tekstur yang halus. Tuang dalam bekas 9" atau 10" terpulang.. Lagi kecik bekas, lagi tinggi kek, lama la sikit nak memasaknya ye... Sy guna 9" x 9". Alas dengan kertas kek.. bagi tinggi sikit bahagian sisi supaya mudah nak diangkat.. sbb kek ni x boleh diterbalikkan sebab lapisan keju di atas.. (mcm dalam gambar tu..)

Bakar mengikut kepanasan oven sendiri ye.. Macam sy guna api 170 C lebih kurang 20 minit. Guna api bawah.. Keluarkan kek selepas masak.

Lapisan Cheese Marble
250gm cream cheese
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sdk vanilla esen
sedikit choc emulco

Pukul semua sehingga kembang. Asingkan lebih kurang dua sudu dan campurkan dgn choc emulco (utk marble).  Ratakan cheese diatas kek coklat yang telah masak. Kemudian di'marble'kan dgn cheese choc emulco td menggunakan lidi.. main tarik2 je ke atas dan ke bawah...hehehe.. Bakar 160 C pun lebih kurang 20 minit. Yang ni sy guna api atas bawah..

** Pesanan penaja.. jgn overbake ye sbb kek ni klau dry, jadi x sedap.. ikut tekak penaja la... hahahaha SELAMAT MENCUBA Asian Kao



Sedekah di Ofis ;)

emoticonPEACE YO!



Thursday, August 22, 2013

Butter Cookies yang sangat sedap!!!!!

Assalammualaikum.. salam 1M.. hari ni mood agak ke laut sbb terlupa kat mana letak duit raya anak2.. huhu klau hilang u, agak banyak gak la.. mana ntah den letakkan hari tu.. kononnya nak sembunyikan takut kena curi ngan orang.. last2 sendiri lupa kat mana tempat sembunyi..hahaha

Semalam, anak sulung sy Arissa balik dari tadika request "mama, teacher suruh bawa kuih raya dgn kek.." ahhh sudah.. biskut raya dah habis kat umah ni..hehe.. kena la bakar yg baru.. buat yg simple je la.. Resepi kek kita share esok la ye..

So now ni, nak share resepi biskut butter yang sgt sedappppp.. seriously.. its crunchy tp melt in my mouth (not in the hand ok..LOL) Resepi dapat dari Kak Fida my resepi.. TQ for lovely resepi. :) Meh kita share kat sini ye..




Butter Cookies

125 gm butter
45 g gula aising (sy kurangkan jd 30g sbb pada tekak sy manis sgt hehehe)
140 gm tepung gandum
1/4 sk baking powder
1 sk vanilla esen
(sy doublekan adunan sbb nak pakai satu buku butter..senang)

Putar butter ngan gula aising hingga putih. Masukkan tepung dan baking sedikit demi sedikit hingga sebati semua. Masukkan vanilla esen skali. Rehatkan doh sebentar dalam peti ais selama 15-30 minit. Kemudian bentukkan adunan ikut kesukaan masing. (doh agak lembik ye) bole juga dipaipkan.. tp sy jenis orang pemalas.. so kepal2 and drop2 je la..hahaha.. hiaskan ikut kesukaan masing2.. mcm contoh sy buat satu dengan choc chip, satu lg dengan badam.. Drizzle ngan coklat.. Sedappppp!

**Resepi ni tak pakai telur ye.. tp mmg sedap dan senang


Wednesday, August 21, 2013

Udang Galah Masak Tempoyak

Assalammualaikum smua.. apa la nak jd dgn blog sy ni... haha.. bukan stakat bersawang je tp mcm hidup segan dan mati x mau je.. masih mencari kekuatan dan kerajinan untuk berblog. Klau ada, ada la ye.. sblum tu nak bgtau.. sy dah pun selamat melahirkan baby boy pada April lepas (giler lama.. baru announce hahaha) Alhamdulillah..sihat baby, sihat mama.. dan makin bertambah malas nak tulis lama2 kat pc hehehe.. Hari ni pulak tetiba rasa rindu.

Semalam terlebih rajin, so memasak la kita.. nasib baik baby x meragam.. tido je lepas balik dr umah pengasuh.. Klau ikut resepi turun temurun, nenek guna ikan bilis.. tp sy gantikan dgn udang galah.. mmmm sedapnya tak terkata..(sbb sy mmg hantu udang hehehe)

Klau ada kelapangan, cubalah ye.. Insya Allah jadi..




Udang Galah Masak Tempoyak

Udang Galah 10 ekor
Jantung pisang (1 biji sederhana) hiris halus
Pucuk Ubi (hiris halus)
Serai 1 batang (hiris halus)
Daun Kunyit 1 helai (hiris halus)
Petai (potong kasar)
Tempoyak (ikut kepekatan yg disukai - sy pakai 2 senduk)
Santan 1 cawan

Bahan Kisar
Cili Padi 15-20 biji (ikut tahap masing2 ye..)
Bawang besar 1 biji
Kunyit hidup 1 inci

Masukkan bahan kisar dalam periuk dan renehkan hingga mendidih.. kemudian masukkan pucuk ubi dan jantung pisang dan rebus hingga lembut. Setelah lembut, masukkan bahan hirisan yang lain seperti petai, daun kunyit dan serai. Kemudian masukkan tempoyak. Perasakan dengan garam dan gula (lauk ni sedikit manis dan pedas ye). Akhir skali, masukkan udang dan diikuti dgn santan. Masak sehingga pekat sedikit. Sedia dihidang~


Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)