Showing posts with label rice. Show all posts
Showing posts with label rice. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Nasi Tomato Vs Lauk Pauknye...

Salam cuti wilayah...haha..sy ni hari-hari cuti, so bila cuti public mcm ni tak rasa apa pun... before tu nak cakap takziah bagi negeri johor dan pahang yang teruk dilanda banjir... nasib baik rumah ku di johor takde apa2.. Kat Shah Alam ni pun hari-hari hujan terutamanya hari Ahad kelmarin..hujan dari pagi sampai malam.. non stop. Kejap lebat, kejap renyai.. cuaca pun sejuk la sangat sampai lantai rumah pijak pun rasa mcm air batu..huhuu. Okla.. menu ari ni request dari sahabat sy yang ada kat rumah sempena hari lahir buah hatinye.. so masak nasi tomato hari ni dgn kek... hmm... kek apa? haaa....tunggguuuuuu..haha.. Nasi tomato ni mmg faveret sy dan juga adik-beradik sy. Arwah mak memang ratu nasi tomato.. x leh lawan dia punye walaupun resepi sama.. maybe air tangan ibu tu lain macam sikit auranye.. so intai-intai la resepi ye.. mana tau tergerak hati nak mencuba...:)

Nasi Tomato
500gm beras
150 ml susu cair
Air (sama sukatan dengan beras) lebih kurang 3 1/2 cawan
4 sudu besar tomato puri
Daun Pandan
Rempah 4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis dan bunga lawang)
Minyak sapi
Garam secukup rasa


Bahan Kisar
1 1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Panaskan 2 sudu minyak sapi dengan 2 sudu minyak masak. Tumis rempah 4 sekawan bersama dengan daun pandan hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan garing. Kemudian masukkan air, garam dan tomato puri. Biar hingga air mendidih, kemudian masukkan susu dan beras. Kacau rata dan biar hingga mendidih. Kemudian tanak nasi seperti biasa dalam rice cooker. Hidang bersama lauk sampingan.

Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam (goreng dengan kunyit dan garam)
4 sudu besar tomato puri
100ml susu cair
Rempah 4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis dan bunga lawang)
Minyak sapi
Air dan Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
1 1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1 sudu besar serbuk cili atau 6-8 tangkai cili kering

Panaskan 2 sudu minyak sapi dengan 2 sudu minyak masak. Tumis rempah 4 sekawan dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Kemudian masukkan tomato puri dan jika terlalu pekat, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan susu cair dan masak hinga kuah sedikit kering. Hidangkan~


Kurma Kambing
300gm daging kambing
1 cawan santan
1 pkt rempah kurma
1 biji kentang
Rempah 4 sekawan
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang serai

Tumis bahan kisar dan rempah 4 sekawan dengan minyak hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan daging kambing dan gaul sebati. Kemudian masukkan air lebih kurang 2 cawan. Masak daging hingga empuk, kemudian masukkan kentang dan santan. Perasakan dengan garam. Siap!


Acar Timun
1 batang timun
1 batang lobak merah
1 cawan air masak
4 sudu besar cuka
5 sudu besar gula
1 sudu besar garam

Hiris halus dan memanjang timun dan lobak. Kemudian satukan dengan bahan-bahan lain dan perap semalaman. Lagi lama, lagi sedap :)

Jemputla makan ye~

Friday, January 21, 2011

Bubur Lambuk Berempah

Salam Jumaat.. lewat masuk entry ari ni.. bdn tak sihat.. seharian terbaring je.. makan tghari pun en suami beli kat kedai..isk..isk..kesian dia. Thanx sayang.. Kul 8 malam baru rasa kebah sikit, teringin makan bubur. Tekak tengah takde selera. Kebetulan adik pun baru call tadi bagita dia dh on the way dari jb..hmm.. bole la masak banyak skali... ringkas, kenyang dan tak payah masak banyak lauk... jamu la mata ye.. klau rajin cuba la. Bubur ni sedap, resepi dari arwah mak. Melepas juga rindu kat mak lepas makan bubur ni..hehehe..


Beras 2 cawan (cuci dan rebus sampai lembut dan kembang)
200 gm Daging tetel (cincang dan masukkan sekali dalam beras, dan rebus bersama)
3 sudu besar bawang goreng
1 cawan santan
2 sudu besar kerisik
Rempah 4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis, bunga lawang)
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 sudu besar rempah kurma

Rebus beras dan daging hingga kembang dan empukbersama dengan daun pandan. Panaskan minyak (lebih kurang 3 sudu) dalam kuali lain, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar. Tumis hingga naik bau. Kemudian curahkan bahan tumisan ke dalam bubur yang telah kembang tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan santan dan kerisik. Perasakan dengan garam. Setelah bubur agak kering sedikit, masukkan bawang goreng dan kacau sebati. Tutup api dan hidangkan dengan bahan sampingan.

***Psstttt... sangat sedap dimakan dengan lobak masin, telur dadar goreng atau telur masin :)


Wednesday, December 22, 2010

Soto Special

Hi.. kawan-kawan (ikut style anak bercakap).. today kita tak rasa nak makan nasi.. rasa mcam nak makan sup je.. Husband pun suka benda berkuah mcm soto ni. Soto ni selain makan ngan nasi himpit, sedap gak makan ngan mee atau bihun. Ada 2 cara, satu bersantan (org panggil soto madura kalau tak silap) satu lagi sup biasa.. Saya buat yang biasa punya je, kurangkan santan ye adik-adik..ekeke.. mak dah tua rasanya.. Husband makan sampai menjilat pinggan.. erkk..ampun sayang!! :D

Salah satu sebab masak ni sebab senang dan sekali masak untuk malam coz hari ni kena siapkan tempahan kek.. so banyak keja..Alhamdulillah.. syukur pada rezeki tuhan.. Okla.. jemput menjamu selera ye ;)




Utk 2-4 orang makan

Kuah Soto

1 1/2 sudu besar ketumbar (kisar)
1 sudu kecil jintan manis (kisar)
1 sudu kecil jintan putih (kisar)
1 sudu kecil lada putih (kisar)
1 batang serai (titik)
2 biji bawang besar (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 inci lengkuas (kisar)
1/2 inci kunyit hidup (kisar) (pakai yang serbuk pun bole 1 sudu kecil)
Rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang)
Minyak masak (1 cawan)
Ayam 2 keping whole leg ( klau nak pakai sekor pun bole)
Garam dan air secukupnya


Tumis bahan kisar bersama serai dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan garam 1 sudu besar. Resepi ni mmg gunakan minyak yang banyak agar bahan tumisan wangi dan tidak tenggelam. Setelah wangi, masukkan air lebih kurang satu liter dan biarkan mendidih. Bila mendidih masukkan ayam dan rasa lagi sekali garamnya.. jika kurang, tambah la ye.. Setelah ayam masak, tutup api dan keluarkan ayam. Siat-siatkan isi ayam dan ketepikan.

Bahan Lain

Nasi Himpit (rebus dengan daun pandan dan sedikit garam)
Begedil (resepi di sini)
Taugeh (celur)
Sambal Kicap (Cili padi, Kicap dan Bawang putih)

Hidangkan.... Mmm.. sedap sangat!

Sunday, November 21, 2010

Nasi Daging Kaler Kaler

Salam Ahad... fuhh.. ari ni ari yang ceria.. so mood pun ceria sangat.. td kat kawasan rumah ada buat pot luck..happening giler, siap pasang lagu poco poco..ekekeke.. Nice neighborhood environment. Nak masak apa ari ni eh.. menung2 sambil mencangkung depan esbox (jgn tiru aksi berbahaya..hehehe) nampak daging korban ada dlm esbox so mula la pikir nak masak apa.. boring la pulak masak rempah-rempah.. ni rasa muak pulak makan santan... so jadi la nasi daging kaler kaler...ekekeke.. sbnarnya resepi asal xde kaler.. saje je sebab mood ceria, nasi pun jadi ceria..hahaha.. cuba la tengok2 ye mana tau akan berjangkit mood ceria kat korang pulak. Lawannye saya buat Sambal Serai Udang dan Pajeri Nenas.. Jadilah.. syukur, dah selamat dalam perut.



Ni menu lengkap ari ni.. mcm kenduri kawin plak kat rumah den ari nih..hahaha.. jemput makan.. sila lah.. :D


Nasi Daging Kaler Kaler
(untuk 3-4 orang makan)

Beras Basmathi 2 cawan
Daging 300gm (bahagian lembut, kalau bole batang pinang)
- Rebus sampai empuk dan simpan 2 cawan air stok rebusan daging
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga)
Daun Pandan 2-3 helai
Minyak sapi 2 sudu besar
Susu cair Ideal 1/2 tin
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 3 biji
Halia 2 inci
Garam secukup rasa
Perwarna Merah
Perwarna Hijau

Basuh dan rendam beras basmathi 20 min kemudian tos dan ketepikan. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak sapi dengan 1 sudu minyak masak biasa. Masukkan rempah 4 sekawan dengan daun pandan, hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan tumis sebentar. Masukkan susu cair dan stok rebusan daging. Kacau dan masukkan garam. Kemudian masukkan daging dan beras. Tanak nasi hingga masak. Apabila nasi hampir masak, masukkan perwarna yang dicampur dengan sedikit air panas (dlm 2 sudu) dan curah atas nasi. Biarkan nasi hingga kering.. dan walllaaa..siap weii...muahahahah


Inilah hasilnye...





Monday, November 15, 2010

Nasi Ayam Mama

Salam Isnin semua.. masak apa ari ni? Saya pun dah tak tau nak masak apa.. balik-balik masa lauk yang sama.. so ari ni terlebih rajin buat la nasi ayam.. Resepi ni dari maklang saya..  dan juga credit to Eyna Hafeey juga.. (Actually Eyna, nak wat pengakuan ni.. masa ko bg resepi ayam tu, sama rupenye dgn resepi yang aku ada...ekekeke) tp still the credit goes to you sebab ayam ni memang sedap... sekor pun aku leh makan..hehe


Meh kita blajar buat Nasi, Sup dan Cili dulu ye...
(ni utk 4 org makan)

Nasi
Beras Siam Wangi 3 cawan (basuh dan tos)
Stok ayam 2 cawan (saya pakai sup ayam je)
Halia 2 cm (kisar)
Bawang Putih 3 ulas (kisar)
Daun Pandan 2-3 helai
Minyak sapi
Garam secukup rasa

Panaskan 2 sudu minyak sapi bersama dengan 1 sudu minyak masak biasa. Tumis daun pandan dan bahan kisar. Sampai naik bau, jgn sampai hangit ye.. Masukkan stok ayam tadi.. sukatan cawan yang digunakan sama dengan sukatan beras.. didihkan kemudian masukkan sikit garam dan beras.. Jangan banyak garam sebab sup td dah masin.. kalau tak kuat masin, tak payah masuk garam ye. Kacau sedikit dan kemudian alihkan periuk ke rice cooker dan masak..

Sos Cili
Cili Merah 6 biji
Tomato 2 biji
1 sudu cuka makan
Garam
Gula
Air Masak lebih kurang 2 sudu

Kisar semua sampai hancur.. Garam ngan gula ikut selera sendiri ye..

Sup Ayam
Ayam 500gm ( Saya suka bahagian whole leg, 2 keping)
Rempah Sup Bunjut
Halia 2 cm (kisar)
Bawang besar 1 biji (kisar)
Bawang Putih 2 ulas (kisar)
Air secukupnya (sampai tutup ayam)
Garam secukup rasa

Masukkan semua bahan dalam periuk. Reneh sampai ayam masak. Resepi ini tidak ditumis kerana ayam akan keluarkan minyak nye sendiri ye.. makanan sihat la katakan..ekekeke



Ayam 
Ayam dari sup
1 sudu sos tiram
5 sudu kicap manis
Minyak masak

Ayam yang telah dibuat sup, keluarkan. Letak dalam mangkuk, perap dengan kicap manis dan sos tiram. Pastikan semua bahagian diselaputi ngan bahan perapan. Simpan untuk 10-15 minit. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga nampak garing. Api jangan besar, sebab kicap akan jd karamel dan menyebabkan dia hangus cepat. Tak perlu masak lama, sebab ayam memang dah masak.



Ini lah hasilnye...hehehe.. Nasi ayam ni memang best.. (puji diri sendiri) ekekeke.. sebab nak buat tak remeh dan taste very yummy. Cuba la ye.. sgt recommend.

Kalau sapa-sapa rasa malas nak masak, order je ngan saya..hikkss.. per pax RM4 je.. min 10pax.. :) ok la.. All the best!


Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)