Friday, December 31, 2010

doraemon vs elmo again?? hehehe

Salam smua.. wah.. seronoknye cuti ye ari ni.. kita yg keja sendiri ni.. hari2 cuti. hehehe.. Tahniah buat pasukan Malaysia, keep it up ok! Bangga sungguh tgk anak-anak muda yang berjuang naikkan nama Malaysia. Perasan tak dah lama tak buat entry resepi masakan.. huhu.. saya dah lama tak masak la.. 2 minggu ni sibuk dgn order, pastu hubby takde kat rumah..outstation... so tiap2 hari 2 beranak makan kat kedai je la (nak jadikan citer, gas kat umah pun dah habis..haha tak larat nak angkat tong gas.. tunggu hubby balik)

Oklah.. kali ni dapat order doraemon dn elmo cakes pop lagi dan sugar cookies.. Order ni dari sweet Saliza, Putrajaya. Orgnye lembut je. Saliza ni kawan Afzan, yg order mggu lepas.. Afzan is very nice and cheerful person.. thank u both of u darlings.. Ok la.. layan picture.. sabarla menanti resepi ye.. tggu gas rumahku ada balik hahahaha....


tggu coklat kering..


in pack box...


elmo ku...


chocolate sprinkle..


boot cookies..


moon cookies..


flower cookies..


star cookies


apa ni eh? hahaha...princess cookies kot... layanz je la...
tq for view this!!!

Monday, December 27, 2010

Order 25-26hb Disember 2010

waaahh.. lg 4 hari nak masuk tahun baru. Apa perasaan korang? Me? hmm.. ntahlah.. bercampur baur.. takut.. teruja.. seronok.. tak seronok.. semuanya ada. Bertambah satu lagi tahun, bermakna bertambah lagi usia kita. Amalan dah cukup ke saya ni.. Ya Allah.. takutnye.. Moga hidupku sentiasa diberkati Allah SWT. Apapun.. syukur dengan rezeki yang dilimpahi.. minggu lepas merupakan minggu yang sangat sibuk dari hari isnin lagi.. Baru hari ni betul2 dapat duduk dengan selesa, klau tak di dapur sentiasa. Order dari Pn Marena sempena majlis akikah bayi nya, Izzi semoga besar menjadi anak yang berguna dan sentiasa dilindungi Allah. Kak Marena order 100 cakes pop dan 50 cookies. Dia ingin tambah cookies kepada 100, tp disebabkan saya ada hal keluarga pada saat akhir, maka dapat buat 50 pcs je.. sorry ye kak.





Thank you again kak Marena.. Jgn serik ye order dgn saya :) Next order dari Zullydia dan Mahathir dari Melaka. Mahathir merupakan kawan saya di Universiti. Mereka order Cuppies dan Mini Cakes. Ni merupakan first time buat mini cakes. Sangat-sangat rumit kerjanya, sebab keknya kecil dan kena balut fondant satu persatu..huhuu.. tp resultnye saya sangat berpuas hati, comel dan cantik. Ok la.. layan la gmbar ye.. tq





Jika ingin tahu harga dan jumlah minimum mini cakes, sila email atau private msg saya di inbox facebook ok.. Thank you alls~





Friday, December 24, 2010

Cakes Popsicle Order

Salam Jumaat... sementara tggu kek masak dalam oven, masukkan la entry semlm.. minggu ni Alhamdullillah pack sikit jadual. Cakes pop ni di order oleh Afzan, dr Putrajaya.. Thank u dear. Okla.. before menjamu mata nak citer sikit la ye. Perasan tak bukan hari-hari saya update blog pasal resepi ni.. Heheh.. bukan apa.. hubby kita jarang ada rumah.. so bila dia takde, sy pun malas betul nak memasak, apa lg buat pesanan je la.. Time rajin memasak, mcm2 resepi yg pelik2 kuar..ahakks.. Lagi satu sebab, anak saya bukan penggemar nasi. Dia lebih suka mengadap roti sebungkus daripada nasi sepinggan. Kekadg jadi tarzan gak la sebb nak suh dia makan nasi. Bukan apa, risau gak dia tak dapat nutrisi yang cukup untuk membesar. Nasib baik dia kuat jugak minum susu..
Esok sy akan ke Melaka, antar tempahan kahwin dan juga melawat nenek di sana. Harap semuanya berjalan lancar.. Okla, takde idea nak membebel apa... Layannzzz...



Wednesday, December 22, 2010

Soto Special

Hi.. kawan-kawan (ikut style anak bercakap).. today kita tak rasa nak makan nasi.. rasa mcam nak makan sup je.. Husband pun suka benda berkuah mcm soto ni. Soto ni selain makan ngan nasi himpit, sedap gak makan ngan mee atau bihun. Ada 2 cara, satu bersantan (org panggil soto madura kalau tak silap) satu lagi sup biasa.. Saya buat yang biasa punya je, kurangkan santan ye adik-adik..ekeke.. mak dah tua rasanya.. Husband makan sampai menjilat pinggan.. erkk..ampun sayang!! :D

Salah satu sebab masak ni sebab senang dan sekali masak untuk malam coz hari ni kena siapkan tempahan kek.. so banyak keja..Alhamdulillah.. syukur pada rezeki tuhan.. Okla.. jemput menjamu selera ye ;)




Utk 2-4 orang makan

Kuah Soto

1 1/2 sudu besar ketumbar (kisar)
1 sudu kecil jintan manis (kisar)
1 sudu kecil jintan putih (kisar)
1 sudu kecil lada putih (kisar)
1 batang serai (titik)
2 biji bawang besar (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 inci lengkuas (kisar)
1/2 inci kunyit hidup (kisar) (pakai yang serbuk pun bole 1 sudu kecil)
Rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang)
Minyak masak (1 cawan)
Ayam 2 keping whole leg ( klau nak pakai sekor pun bole)
Garam dan air secukupnya


Tumis bahan kisar bersama serai dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan garam 1 sudu besar. Resepi ni mmg gunakan minyak yang banyak agar bahan tumisan wangi dan tidak tenggelam. Setelah wangi, masukkan air lebih kurang satu liter dan biarkan mendidih. Bila mendidih masukkan ayam dan rasa lagi sekali garamnya.. jika kurang, tambah la ye.. Setelah ayam masak, tutup api dan keluarkan ayam. Siat-siatkan isi ayam dan ketepikan.

Bahan Lain

Nasi Himpit (rebus dengan daun pandan dan sedikit garam)
Begedil (resepi di sini)
Taugeh (celur)
Sambal Kicap (Cili padi, Kicap dan Bawang putih)

Hidangkan.... Mmm.. sedap sangat!

Tuesday, December 21, 2010

Order from Mazlin, KL

Sekejap je dah hujung bulan dua belas kan.. Tau-tau dah nak masuk tahun baru. Ngeri bila pkirkan masa berlalu dengan pantas. Kat sini juga saya nak ucapkan takziah pada mangsa kemalangan bas di simpang Pulai-Cameron semalam. Walaupun majoriti mangsa terkorban rakyat Thailand, namun ianya sangat menyayat hati. Berhati-hati la kawan di jalan raya terutamanya musim hujan sekarang ni, jalan licin ditambah pula cuti sekolah, kereta pun banyak di jalan raya. Sangat-sangat takut bila dipikirkan, pesanan untuk adik-adik saya juga terutamanya Amok.. bawak keta perlahan-lahan sikit.. mcm nak terbang viva tu akak tengok! huhuhu..

Okla.. order ni quite last minit tapi from my regular customer :) thanx Mazlin.. Very sweet nak hadiahkan cuppies ni pada kawan yang nak balik sambut Krismas di Sabah. Choc Moist Cuppies with Vanilla Buttercream and Choc Ganache.. Layanzz..



Sunday, December 19, 2010

Asam Pedas Sardin

Salam Ahad.. fuhh.. 1-2 minggu ni agak slow ber'blogging'.. Pergi bercuti, kemudian jatuh sakit. Sejak semalam baru rasa segar sikit badan. Baru la bole mula memasak dan membakar..ahakks. Hari ni menu ringkas tapi merupakan kenangan masa saya kecil. Saya rasa kali terakhir saya makan masa saya umur 18 tahun kot.. bayangkan skarang dah 30..huhuu.. lamanye. Dulu arwah mak kerap masak.. lepas saya berhijrah ke KL, dah tak dapat makan lauk ni lagi. Bila tgk sardin ada dalam rak, mula la pikir nak masak apa.. asik2 buat sambal je. Tiba2 teringat lauk yang arwah mak kerap buat. Sangat sedap kalau dilawankan dengan telur dadar dan sambal cencaluk bersama bawang dan cili api hiris diperah pula dengan limau.. makan pulak dengan nasi panas. Perghh.. hari ni saya makan 3 kali tambah setelah 2 minggu takde selera makan..akakakaka

Berasap lg.. tak sabo nak amik gambar..ahaksss.. br kuar periuk.

Untuk 2-3 orang makan
10-15 biji cili kering (kisar)
1 biji bawang besar (kisar)
2 biji bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 batang serai (kisar)
1 inci belacan (kisar)
1 tin sardin (yang besar)
1 sudu air asam jawa
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Terung 1 batang
Tomato 1 biji


Tumis bahan kisar sampai naik bau dan garing. Masukkan sardin dan sosnya serta air putih secukupnya (ikut suka, klau suka pekat kurangkan air) Masukkan air asam jawa, garam, terung dan tomato. Masak sampai sayur lembut. Hidang...

Cadangan : makan dengan cencaluk >potong bawang dan cili api dan perah limau. Terangkat!!!


Saturday, December 11, 2010

Sirih Junjung Cakes Pop

Salam.. hampir seminggu saya tak update blog... walaupun dalam keadaan tak sihat.. kena la juga buat homework ye..;) Sabtu lepas, tanpa diduga dapat panggilan dari adik perempuan saya, "kak, siap.. jom ikut pegi Perak", saya pun apa lagi lebih-lebih mengenangkan suami sibuk dengan shooting gambar minggu tu (musim org kawin kan). Wat a moment.. Bukit Merah Lake Town Resort, Tambun Hotspring, Pulau Pangkor, Mee Udang Kuala Sepetang, Nasi Ganja Ipoh.. pergh.. pengalaman yang sgt best. Tapi ada gak moment yang tak best bila hari pertama jatuh dalam lubang dan berjalan dengan kaki yang bengkak sepanjang cuti..huwaaaa..

Ok lah berbalik pada order ni, Nana order untuk adik nye bertunang. Order ni dah lama, dari bulan 11 lagi. So walaupun demam, kena la buat jugak ye.. Nana nakkan konsep bunga segar.. so dengan kepala yang berat, ini je hasil yang dapat dibuat.. Harap Nana dan adik puas hati ye ;) Thank you dear so much..

Choc Cake coated with chocolate and sprinkle with white and dark chocolate rice. Fresh flower design with white roses, white peacock and sirih. Thank You...


Friday, December 3, 2010

Kerabu Sotong, Mangga dan Epal Hijau

Menu kedua ni ala-ala mcm orang mengandung plak.. ngidam-ngidam gitu (takde maknanye..) penuh ngan rasa masam dan sedap, ngeh ngeh ngeh... kerangupan epal hijau, kewangian mangga dan kelembutan sotong (awww..) pergh..kena lak dengan lauk masak lemak cili api tadi. Berpeluh ketiak.. ewwww.. hahaha..

Oklah.. merapu lak den.. silala salin kalau berkenan ye..


Sotong 4 ekor
Mangga Muda 1biji
Epal Hijau 1 biji
2 sudu air panas
1 sudu gula
1/2 sudu garam
3 biji limau kasturi atau 2 biji limau nipis
Serai 1 batang
Bawang Merah 2 biji
Cili padi 2 biji

Celur sotong dalam 1 minit dalam air panas (jangan lama, nanti liat). Parut atau hiris mangga dan epal hijau. Hiris bawang, cili padi dan serai. Campurkan semua bahan hirisan dengan sotong. Untuk dressingnye (cewahh).. Campurkan air panas, gula, garam dan perahan limau, kacau hingga larut semua dan curahkan atas hirisan tadi. Gaul sebati dan Jemputla makan ye.. ngeeee..

pssst.. saje tak letak udang kering or berbagai yang lain sebab nak kekalkan rasa manis sotong tu.. klau suka bole la tambah ye. Sedap juga kalau tambah hirisan daun limau purut..

Masak Lemak Cili Api Udang Daun Pegaga

Salam Jumaat, penghulu segala hari... Alhamdulillah masih bernyawa lagi dan baru lepas makan tengahari. Hari ni agak kengangtukan sikit sebab semalam tidur lewat membuat bunga gula (sugar flower) untuk tempahan kek kahwin. Hujung tahun ni ramai sungguh mendirikan rumahtangga. Saya pun tumpang gembira dan seronok. Terimbas semula perasaan semasa nikah dahulu..hahaha.. Sebab tu memenuhi jemputan perkahwinan adalah perkara yang paling saya seronok dan suka untuk memenuhi jemputan walaupun jauh. So klau ada yang nak jemput saya, dengan berbesar hati dan tangan terbuka saya menerimanya (erkk...tak malu sungguh ;))

Oklah berbalik resepi ari ni, mata pun tak berapa buka sangat (ngantuk) jadi masak ala kadar je la ye. Masak lemak cili api memang tak leh berpisah ngan saya. dalam seminggu pasti sekali saya masak lauk ni. Tak kira dgn ikan atau ayam atau pun makanan laut.. sentiasa membuka selera.


Udang 500gm
Bawang besar 1 biji
Cili padi 8 biji
Kunyit 2 inci
Santan 1 cawan
Daun Pegaga 1 ikat
Garam secukup rasa


Bersihkan udang dan tos. Kisar bawang besar, cili api dan kunyit. Masukkan dalam periuk bersama dengan santan dan garam. Panaskan hingga sedikit mendidih, masukkan udang dan daun pegaga. Saya masukkan sekali sebab udang tak perlu masak lama kerana nanti dagingnya liat. Masak lebih kurang 2 minit dan tutup api. Bolelah makan dengan nasi panas-panas ye..

Thursday, December 2, 2010

Sambal Goreng Kaki Ayam

Wahhh... sejuk je ari ni..hujan. Rasa mcm nak duduk bawah selimut sepanjang hari..ahahaha.. Lapar pulak. Saya memang suka makan kaki ayam. Masa kecik tak suka, tp sorang kawan saya yang ajar. Fuhh..layan gak.Kruk..kraakk..kruuk..krakk bunyi bile gigit tulang-tulang tu..mm..yummy. Selalu saya buat sup, tp hari ni tergerak lak nak campur dalam sambal goreng saya. Sila la layan ye ;)


Utk 2-3 orang makan

Kaki ayam 300gm
Tauhu 2 keping
Tempe 1 keping (besar, klau kecik pakai 2)
Kentang 1 biji
Tauhu Kering 2 keping (patah-patahkan dan rendam dalam air)
Bawang besar 1 biji
Bawang Putih 1 biji
Serbuk Cili 2 sudu
Kicap manis 8 sudu


Rebus kaki ayam sampai empuk dengan sedikit garam. Potong kecil-kecil kentang, tempe dan tauhu. Goreng dan ketepikan. Hiris bawang besar dan bawang putih. Tumis sekali dengan serbuk cili. Bila sudah naik bau, masukkan kicap. Kemudian masukkan kaki ayam dan segala bahan yang telah digoreng tadi. Kacau sebati perasakan garam. Masukkan tauhu kering yang telah direndam dan kacau hingga kering. Done!


Iris Kitchen dan PROMO DEC 2010




Salam semua, skjap saja 2010 akan melabuhkan tirainye.. Banyak perkara yang berlaku dalam tahun ini. Saya sendiri tidak pernah terpikir akan terjebak dalam bisnes ni walaupun memang minat memasak dan membakar kuih sejak sekolah lagi. Sejarah Iris Kitchen bermula dengan nama Iris Cuppies pada bulan May 2010. Kenapa Iris? Siapa Iris? Sbnarnye saya sgt sukakan bunga Iris dan teringin sekiranya dapat seorang lagi anak perempuan, saya akan namakan Iris (berangan la ni.hehe). Jadi, saya abadikan nama Iris ni sebagai koleksi saya.

Membuat kek dan biskut memang merupakan kegemaran saya dari zaman sekolah, mungkin kerana selalu lihat emak saya di dapur. Beliau sangat suka dan rajin memasak serta sentiasa ada saje resepi yang dicubanya untuk kami adik beradik. Sekarang, legasi itu diteruskan oleh saya. emak meninggal dunia pada tahun 2008, maka saya la pengganti bagi adik beradik saya sekiranya mereka teringin rasa masakan seperti emak.. mungkin tak sama tapi kenangan tu ada.

Sebelum ni saya hanya bertumpu kepada perniagaan di Facebook, namun saya lihat facebook agak terhad. Sangat bagus untuk meluaskan kenalan namun agak terhad untuk saya berkongsi pengalaman dan resepi serta meluahkan pendapat. Jadi saya cari alternatif membuat blog. Smuanya saya belajar sendiri (nasib baik memang saya minat dalam komputer juga..) Dari sini, sayap Iris Cuppies makin berkembang dan rebranding nama kepada Iris Kitchen. Saya bersyukur sangat terutamanya pada kawan-kawan baik yang sentiasa ada bersama saya.

Melalui blog ini juga rangkaian kenalan saya semakin luas. Saya mula mengenali blogger2 tersohor terutamanya dalam bidang masakan seperti Cik Mat Gebu , Mama Fami , Ellie , kak jun dan ramai lagi. Network saya sedang berkembang dan saya sangat seronok. Melihat blog-blog diorang yang sentiasa update, berkongsi maklumat dan resepi, sama-sama mencari rezeki membuatkan saya rasa diri ini tak keseorangan. Saya ada sahabat seluruh dunia ;). Semoga pertalian ini memberi rahmat kepada kita semua.

Panjang lebar pula saya bercerita, bukan apa.. selalu sahaja cerita pasal kek dan makanan.. hari ini tergerak nak tulis yang lain. Lagipun ini legasi saya untuk anak saya. Andai kata saya pergi selamanya, sekurang2nya anak saya dapat membaca dan terkenangkan saya pada bila-bila masa dan tahu ibunya sentiasa ada di hatinya.

Mengenai PROMO untuk bulan Disember ini selepas mendapat sambutan promo cuppies bulan November ari tu. Ianya sebagai penghargaan kepada kenalan dan pelanggan saya dan juga sebagai satu langkah promosi untuk saya memantapkan lagi Iris Kitchen. saya menawarkan set untuk promo kali ini.

COMBO SET 1 (CUPPIES 30 PCS + CAKE /1 TIER~ CREAM) 
= RM 100
COMBO SET 2 (CUPPIES 30 PCS + CAKE / 1 TIER~ FONDANT) = RM130
COMBO SET 3 (CUPPIES 150 PCS (FREE CAKE / 1 TIER~ CREAM) = RM300

Tapi setiap offer ada syaratnye. 
Jenis cake = vanilla, choc, strawberry dan orange.
Cream = Buttercream / Choc Ganache
Sugar Flower = Roses dan Calla Lily
Size 7"
Tambahan RM10 jika inginkan casing dome container for cuppies.

Offer hingga 1st January 2010 pukul 0000..hehehe..

Ok la smua.. Again, thank you for the support and please always support me.. coz i need you! Mmmuah...


Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)