Friday, May 29, 2015

Sambal Pengantin (Sambal Goreng)


Salam Jumaat yang penuh barakah. Semalam saya berpuasa menghabiskan sisa-sisa puasa ganti yang belum selesai. Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Saya memang penggemar sambal goreng. jika diikutkan ada banyak jenis sambal goreng, ada sambal goreng hitam (pakai kicap), sambal goreng putih (guna santan sahaja) dan sambal goreng merah atau dipanggil sambal pengantin. Saya pernah buat sambal goreng hitam di sini. Ketiga-tiga mempunya bahan asas yang hampir sama iaitu tempe goreng, tauhu goreng dan kentang goreng.

Kemudian kita boleh la campurkan pelbagai jenis rencah yang lain seperti daging, paru, udang, hati ayam, pedal ayam, hati lembu dan sebagainya ikut selera. Ada yang letak sayur seperti kacang panjang atau buncis ikut kegemaran masing-masing. Bole juga diletak pucuk tauhu dan suhun. Tepuk dada tanya selera. Yang paling seronok makan sambal goreng ni bila meratahnya memang tak ingat orang dah.. sedap!
 smiley


Resepi untuk dua atau tiga orang makan ye..

Bahan Kisar
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 biji
Halia 1 inci
Serai 1 batang
Cili kering 10 tangkai (Kalau suka pedas tambahla ye..) or (kalau guna cili serbuk macam sy pakai dalam 2 sudu besar)
1 sudu kecil belacan

1 sudu asam jawa (saya pakai yang segera)
Lengkuas (ketuk)
Santan pekat 1/2 cawan
Garam, gula dan minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan-bahan lain
Tempe 1 bungkus (goreng dahulu)
2 keping tauhu (goreng dahulu)
2 biji kentang (goreng dahulu)
Paru 200gm (rebus dan goreng dahulu)
Daging 100gm (hiris nipis)
Udang 300gm

(Kesemua bahan diatas kecuali udang dipotong dadu dan di goreng dahulu secara berasingan dan ketepikan)

Sayur
6 tangkai kacang panjang
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 biji bawang besar

(Kesemua bahan dihiris nipis)

Mula-mula tumis bahan kisar bersama lengkuas sehingga naik bau, dan masukkan garam dan gula ketika menumis untuk sebatikan rasa. Setelah cili garing, masukkan asam jawa, kacau rata dan masukkan santan. Kemudian masukkan udang, daging dan bahan goreng yang lain. Kacau hingga kuah sedikit kering dan masukkan bahan sayur. Rasa sekali lagi cukup garam dan gula. Masak hingga kering dan tutup api. Bole dihidang dengan nasi panas...




Friday, March 13, 2015

Cheesy Crackers

Salam Jumaat yang penuh barakah.. smoga kita smua sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah. Mood untuk buat dessert  sejak dua menjak ni meloncat-loncat. hahahaha. Kalau duk kat ofis asik mengoogle resepi yang best-best je. Saya memang hantu dessert. Pantang nampak kek atau puding, laju je tangan menyuap ke mulut.. tu yang badan macam dipam-pam.. hahahaha

Oklah a little bit about dessert yang sy baru buat ni. Actually ia adalah lapis cheese dengan biskut cream crackers. Rasa sedap dimakan sejuk dan sangat la sekejap je licin daripada bekas. Dicampur dengan kemasaman dari buah dan kemanisan dari cream serta kemasinan dari biskut. Semua rasa macam menari-nari sahaja di lidah. hahaha Maaf lah kalau saya buat uollsss terliur. Saya jual untuk dessert ini so maaf tak dapat sertakan resepi ye :) Jangan marah.. saya cari rezeki tambahan untuk keluarga.
Cheesy Mango Crackers

Cheesy Blueberry Crackers
Harga satu bekas kecil RM6 dan bekas besar RM12. Delivery hanya untuk 3 pcs and above. Caj RM5.. ok peace :) 


Monday, March 9, 2015

Akhirnya....

Assalammualaikum semua.. alhamdulillah, akhirnya IRIS KITCHEN SERVICES telah berjaya didaftarkan dengan no pendaftaran JM0715360-D. Syukur yang amat. Gembira tak terkata, namun ini baru permulaan kami. 2015 kami harus bekerja kuat untuk memastikan syarikat ini terus berkembang demi sesuap nasi anak-anak. 

Sedikit maklumat mengenai syarikat kami.. kami mengedar frozen food, menjual kek dan biskut secara online, mengambil tempahan katering makanan dan juga mengedar kudapan kering. Buat masa ini, kami baru sahaja mula mengedar dengan produk frozen yang pertama iaitu Cheezy Murtabak yang dihasilkan oleh sahabat dari Johor Bahru. Produk murtabaknya memang sedap dan digilai ramai kerana cheese nya yang banyak dan daging yang cukup terasa keenakkannya. Kami juga alu-alukan kepada pembekal atau pembuat frozen food di luar sana yang memerlukan khidmat pengedar atau penjual bole whatssap kami di nombor yang tertera di atas.

Bagi produk kek, kami hanya membuat sambilan untuk masa ini bergantung pada jumlah tempahan kerana baker kami bekerja sepenuh masa di tempat lain. Insya Allah akan datang baru kami pelbagaikan produk kek kami. Kami baru bermula maka kami sangat memerlukan sokongan dari sahabat alam maya. Peace ~


emoticon

Thursday, February 12, 2015

Cucur Maggi yang sedap sangat!!!!

Salam Khamis.. Alhamdulillah hari ni terima la rezeki yang ditunggu-tunggu.. hahaha. Banyak perancangan yang telah dibuat, semoga semuanya terlaksana dengan izin Allah. Pagi ni saya sempat buat sarapan untuk anak sulung kesayangan saya. yang simple-simple je, sebab budak-budak kan.. brapa sangat la dia makan. Tapi kali ni sy buat dapat la satu hidang dalam 15-20 keping cucur, dia bole makan sorang. bertuah punya anak. Mak dia pun x dpt rasa. Lepas masak, saya siap asingkan 7 keping untuk dia bawak bekal dan selebihnya saya hidang untuk sarapan. Lepas saya mandi, tgk yang sy hidang kat dapur dah licinnnnn... isk..isk.. mama pun tak sempat rasa. Pastu minta sikit yg dalam bekal dia tak kasi.. sabo je la..

Bole lah cuba. yang ni sy buat kosong je sbb nak cepat.. lagi sedap klau campur daun sup, bawang dan daging kisar. Rasa memang terangkat lebih-lebih lagi cicah sos cili.

Bahan-bahan
1 bungkus maggi kari (bole tukar jenama lain juga.. sy suka maggi hehehehe)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Perencah maggi (yang dalam bungkusan maggi tadi..)
Sedikit air
minyak untuk menggoreng


Mula-mula patah-patahkan mi maggi tadi supaya senang dibentuk menjadi cucur. Rebus hingga sedikit lembut. Toskan air. Kemudian campurkan dengan tepung gandum, telur dan serbuk perencah maggi. Gaulkan sehingga semua sebati. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit air sehingga adunan dapat dibentuk dengan sudu. tidak terlalu keras dan terlalu cair. Panaskan minyak dan goreng satu persatu hingga masak. Pastikan api tidak terlalu besar. Resepi ini tidak menggunakan garam kerana perencah maggi sudah sedia masin. Hidang panas-panas dengan sos cili.....sedapppppp

Fresh dari kuali.. berminyak-minyak lagi...hahaha






Thursday, February 5, 2015

Kari Udang dengan Nenas

Alhamdulillah.. dapat berita gembira dari ofis semalam. Lega.. penantian setiap tahun.. hahaha.. org dpt bonus akhir tahun.. kita dapat awal tahun. Bersyukur la dapat juga dari tak dapat apa-apa. Semalam first time acha pergi kelas mengaji. Syukur sebab dia suka. risau je sbb hari tu, hari pertama sekolah agama dia cabut lari.. terpaksa la berhenti kan. Kang x pasal-pasal dia lari dari skolah lagi takut. Terpaksa la upah ustazah datang mengajar mengaji dan jawi di rumah. Nasib baik dia suka ustazah ni.. pheewwww.. Insya Allah rezeki boleh di cari, anak ini je la amanat kita dunia akhirat..

Resepi hari ni slalu juga saya masak di rumah. Sebab saya anak beranak memang suka makan seafood especially udang. Udang sedap di masak dengan buah-buahan sama ada nenas atau pun mangga. Dapat rasa kemanisan udang dengan kemasaman buah.. mmmmm.. yummy. Oklah ini resepi nya..

Bahan-bahan
500gm udang sederhana (siang dan bersihkan)
Separuh biji nenas dipotong nipis
1 biji bawang besar (kisar halus)
2 ulas bawang putih (kisar halus)
3 sudu rempah kari ikan / udang
Minyak untuk menumis
1 cawan santan
1 sudu kecil asam jawa Adabi (agak-agak kalau pakai asam jawa yang ada biji, sebab ia cair bila di campur air)

Tumis bawang besar dan bawang putih yang dikisar bersama dengan rempah kari. Masukkan garam semasa menumis lagi sedap. Minyak biar lebih sikit supaya rempah masak dan garing secukupnya. Tumis hingga naik bau. Kemudia masukkan asam jawa dan udang. Gaul rata dan masukkan air dan nenas. Masak hingga nenas empuk. Kemudian masukkan santan. Reneh selama lebih kurang 3 to 4 minit. Padamkan api dan hidangkan dengan nasi panas..



emoticon Jumpa lagi 


Wednesday, February 4, 2015

Asam Rebus Batang Keladi

Hari ni mula bekerja setelah KL cuti panjang selama 5 hari. Hmm.. seperti biasa chaos pun bermula hahaha. Semalam masa di kampung, mak lang saya bekalkan batang keladi 2 pokok untuk di bawa balik ke kl. Jadi apa lagi, kita buat asam rebus je la. ini antara lauk kegemaran saya. Dan ini juga first time acha, anak sulung saya makan keladi.. And yesss... she's love it!!! yeahhh.. mama happy

Saya gemar guna perencah ikan bilis. Anda bole juga guna perencah ikan selar or kembung atau udang pun bole. Terpulang pada tekak masing-masing ye. Jangan malu-malu untuk salin resepi ye

Bahan-bahan
2 pokok batang keladi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
8-10 tangkai cili kering (bubuh lebih kalau suka pedas)
1 inci belacan
1 inci kunyit hidup ( atau 1 sudu kecil kunyit serbuk)
2-3 asam keping (bergantung pada saiz)
Garam

Siang batang keladi sebersihnya dan rebus dahulu dengan air garam sehingga sedikit lembut. Tos dan ketepikan. Kisar halus bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili kering dan belacan. Masukkan dalam periuk dan tambahkan air lebih kurang 1 1/2 cawan. Rebus sehingga mendidih dan masukkan asam keping dan batang keladi yang telah dicelur. Perasakan dengan garam. Bole tambahkan sedikit gula jika suka. Makan dengan nasi panas... wallllaaaaaa



emoticon

Monday, February 2, 2015

Cucur Udang Geragau dan Kisah Balik Kampung!!


Oklah hari ni kasi blanja satu resepi kegemaran saya, Cucur geragau. Tengah musim udang geragau.. banyak jual tepi jalan. so apa lagi, adun jadi cucur la. Sedap dan lemak. Bagi yang tak tau apa itu udang geragau, ia adalah udang yang halus dan selalunya digunakan untuk buat belacan dan cencalok. Udang yang fresh memang sedap.. lebih-lebih lagi buat cucur.

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
100 gm udang geragau
1 sudu cili serbuk
Sedikit garam
Air

Bancuh semua bahan dengan air. Pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Pastika adunan boleh dibentuk dengan sudu. Agak-agak ye. Kemudian goreng dengan minyak panas. Hidang dengan cili sos ye..

Oklah nak story sikit, semalam selepas kelas taekwondo anak sulung, terus bergerak menuju ke Melaka. Sekali sekala melayan kerenah anak-anak. seronok.. dalam excited, tetiba keretaku meragam di tengah jalan.. ohhh.. first time duk tersadai di tepi highway. Selama ni hanya nampak orang je, kali ni kena pada diri sendiri pukul 12.30 tengahari pulak tu masa matahari tengah tegak kat kepala. Kereta tetiba mati sendiri dan tak bole start semula. Rasa nak menangis pun ada, dah la encik suami takde.. cuma kami 3 beranak je. Tengok muka anak pun kesian. Dah berpeluh-peluh menahan panas, yang si kecik pulak asik merengek kepanasan. Apalagi, nak tak nak kena la keluar dari kereta dan tunggu tepi divider dengan payung sebatang... saddiisssss.. 5 minit kemudian polis bantuan plus datang membantu. Mereka sangat baik dan siap assisst dari senawang hingga ke linggi.. Alhamdulillah kereta boleh bergerak semula tapi still kena cari workshop bila sampai rumah nenek kat Masjid Tanah. Dugaan sungguh, nasib baik takde apa-apa berlaku sepanjang kami duduk di tepi highway tu. Syukur pada Allah.. thank you PLUS.

Oklah lupakan citer sedih, hari ni pegi hantar Murtabak Cheese Frozen kat cikgu sekolah Sk Bachang. Mula-mula dia hanya order untuk diri sendiri, sekali buka order pada kawan terus jadi sampai 60 peket..hahaha Alhamdulillah rezeki.. Lepas antar murtabak, bawa anak-anak pergi Klebang nak rasa Coconut Shake yang femes tu. Sedap tapi anak kurang gemar. Mungkin manis sangat. Tp mak dia memang laju je menyedut.. hahahaha
nah belanja gambar satuuuuu
Pas cuci tekak kat klebang, kami ke pantai puteri a.k.a tanjung kling bawa anak main pasir.. Seronok tengok anak-anak enjoy, main buat istana pasir.. priceless moment.



Saturday, January 31, 2015

Fettuccine Bolognese yang mudah

Hari ni mula la cuti yang sikit panjang untuk warga kl. Yeahhhhhh!! So ari ni anak dara ni x nak makan nasi plak. So apalagi, mcm biasa masak mee la jawabnya. Klau mee kuning atau bihun dia kurengg sikit tp klau masak pasta, makan hingga menjilat pinggan.. hahaha

Ok lah, bg yang terer masak pasta tgk dan baca la ye.. resepi ni utk beginner bukan advance chef ye.. janji anak-anak suka makan air tangan kita udahhh ye tak.. harap dapat membantu bg mereka yg baru nk berjinak-jinak dgn dunia masakan.


Bahan-bahan
1 bungkus fettuccine  (spageti pun bole.. stok sy abis plak)
200gm daging cincang (ayam pun ok, ikut selera)
Bawang putih 2 ulas - cincang
Bawang besar 1 biji (sederhana besar - cincang)
1 botol sos prego ( sy guna tomato dan cendawan)
1 biji tomato (dadu kecil)
2 batang sosej (dadu kecil)
1 btg carrot (dadu kecil)
1 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam

Mula-mula rebus fettuccine dulu hingga lembut dan asingkan tepi. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dicincang td hingga naik bau. Kemudian masukkan daging kisar dan masak sekejap. Masukkan carrot, tomato dan sosej dan gaul rata. Setelah nampak semua sebati, masukkan sos prego dan tambah 1 cawan air agar kuah tidak terlalu pekat. Tambah garam jika perlu (ikut selera ye sbb pada sos tu dah ada garam tp sy tambah juga sbb lepas letak air rasa macam tawar pula.. hehehe sy mmg kuat masin). Masak kuah atas api sederhana lebih kurang 3 to 4 minit. Hidangkan dengan fettuccine td dan taburkan sedikit parmesan cheeae untuk rasa yang lebih kick.. hahaha poyo tak 👅

Selamat menjamu selera. Esok hingga selasa off memasak.. nak balik kampung ..yeahhhhhhhhhh


Friday, January 30, 2015

Kek Marble




Gebus dan gebassss.. itu je yang bole digambarkan hahaha.. kek ni mmg all time faveret sama ada emak, anak dan bapaknya pun sama. Sekelip mata je tinggal suku. Lagi best kalau makan panas-panas. Memang tak pandang lain la..hahahaha

I bet everybody knows how to make this cake. The simplest cake ever. Tp sy tetap juga nak kongsi. Boleh anak sy jadikan rujukan satu hari nant bila kita dah tiada.. Untuk dapatkan kek marble yang sedap, digalakkan guna butter yang mahal. Kesedapan dan rasanya sangat berbeza berbanding guna butter yang murah. Boleh cuba ye kawan-kawan..
 emoticon

Bahan-bahan
250 gm butter SCS
250 gm gula kastor (saya buat 200gm je.. takut kencing manis ko.. hahaha)
5 biji telur saiz A
250 gm tepung
2 sudu kecil baking powder
Esen Vanilla
3 Sudu Serbuk koko + 2 sudu besar air panas

Pukul butter dan gula sehingga kembang (nak tau dia kembang, warna bertukar putih kekuningan dari sebelum pukul). Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung, baking powder dan esen vanilla. Pukul sekejap hingga sama rata smua bahan. Kemudia asingkan dalam dua senduk adunan ke bekas lain. Campurkan dengan serbuk koko. Letak dalam bekas 8" x 8" secara berselang seli vanilla dan coklat. Lorekkan sedikit menggunakan lidi untuk dapatkan kesan marble. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 degree untuk 40 ke 50 minit atau sehingga masak.
Selamat mencuba




Thursday, January 29, 2015

Oat Muffin

Kali ni sy tulis resepi oat muffin plak. Rasa memang sedap dan yang paling penting sangat mudah di buat. Dalam tempoh sejam dah boleh di makan. Sy buat ni dah lama tapi baru sekarang berkesempatan nak tulis dalam blog. harap sama-sama beri manfaat pada kawan alam maya sekalian.

Sy buat dua flavor. Satu simple vanilla dan satu lagi chocolate heaven. hahaha sukati je bagi nama. Sape-sape yang rasa waswas sedap ke tidak, seriously recommended this recipe.

Anak sy suka yang vanilla, siap bawak bekal pegi skolah dan pesan orang kat rumah jangan makan dia punya muffin. Huhuhu giler kuat melantak anak dara ku. Sy pula personally suka yang chocolate punya.. rasa ala2 melted in the mouth la.. hahahah

Oklah, cuba la ye kalau sedap post la balik ke sini.. tima kacih love




 


 

Bahan2

1 1/4 cawan quick oat
1 1/4 cawan susu

(Rendam keduanya selama 15 minit)

1 biji telur
1/2 cawan minyak jagung (sy pakai minyak masak je..)
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan choc chip (tp sy tukar ke 1 cawan sbb gantikan kacang)
1 cawan kacang pecan (sy tak letak, stok takde huhu)
1 1/4 cawan tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla esen
1 sudu kecil garam (bahan asas paling PENTING ye)

Jika inginkan versi chocolate
Sy kurangkan tepung kepada 1 cawan dan tambah 1/4 cawan dark cocoa powder (serbuk koko biasa pun bole)
Gambar atas sy ganti choc chip dengan butterscotch chip.


Campurkan minyak, gula,telur, garam dan vanilla esen dan pukul sekejap (pakai senduk kayu je.. senang). Kemudian campurkan dengan quick oat yang telah direndam dengan susu. Gaul rata. Masukkan bahan kering seperti tepung, kacang, choc chip dan baking powder. Masukkan dalam muffin cup and bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 degree selama 15 to 20 minit. Jangan overbake, sbb kek yang kering tak sedap
emoticon


Wednesday, January 28, 2015

Karipap Sedap

As Salam.. mood nak berkaripap pula. hahaha.. lepas kena sound dengan anak "mama ni asik buat kek je, buat la karipap.. kakak kan suka makan karipap". Okey anak, baru mama perasan mama tak pernah langsung buat karipap sebelum ni. Kena la start meng'google' mencari resepi yang mudah dan sedap. So terjumpa la di sini . Memang sedap giler inti karipap ni, and kulitnya juga rapuh dan garing. Bolehlah kawan-kawan mencuba ye

Bahan-bahan:
250gm tepung gandum
2 sudu besar marjerin/butter (panaskan dengan 2 sudu besar minyak masak, kalau nak guna semua minyak masak juga boleh)
Garam
Air secukupnya hingga doh tidak melekat di tangan lepas di uli (letak sikit-sikit dulu ye)

Inti
5 biji kentang / keledek (campur pun boleh)
200gm daging / ayam
Daun sup cincang halus
Daun kari
2 biji telur rebus (pilihan ye kalau suka)
2 1/2 sudu besar serbuk kari ayam/daging (bancuh dengan sedikit air) (bahan tumis)
1 biji bawang besar cincang (bahan tumis)
2 ulas bawang putih cincang (bahan tumis)
Garam dan gula mengikut selera
Air

Cara
1. Campurkan semua bahan kulit kecuali garam dan air. Kacau bagi rata. Kemudian masukkan air dan garam sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang mudah dikelim dan dicanai.
2. Inti : Tumiskan semua bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan juga daun kari. Kemudian masukkan kentang/ keledek , ayam/daging dan air secukupnya. Masak hingga empuk dan masukkan daun sup yang dicincang.
3. Mula meng"karipap" inti dan kulit yang ada ye.. hahahah
4. Jika ingin buat frozen, goreng separuh masak karipap yang telah siap dan biarkan sejuk. Masukkan dalam freezer. Boleh tahan sehingga 2 bulan. Make sure api tidak besar semasa menggoreng ye.

Selamat ber"karipap"..

Cantik tak kelim ku? hahahah

Yummehhhh

Version goreng

Version frozen


Best of luck ye emoticon



Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)