Showing posts with label bread. Show all posts
Showing posts with label bread. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Donut

As Salam.. baru berkesempatan nak taip blog. Buat donut ni hari ahad lepas tp disebabkan 'kerajinan' yang terlampau, baru hari ni dapat post kat sini resepi. Sorry ye kengkawan Bright yellow Kao


drizzle with choc..yummy!!


Ok donut ni atas permintaan my princess.. so mama pun mula la operasi menggoogle.. cari donut yg paling crispy and fluffy.. so terjumpa la satu blog ni here .. eden pun torai la.. resultnya.. pergh.. mmg best.. ala2 jco la donutnya.. cuma adunannya agak banyak utk kami berdua walaupun sy buat setengah adunan je.. maka selebihnya sy jadikan donut frozen.. senang, bila2 nak just goreng je.. hehehe




traditional way!

Silalah salin ye..
Kaedah pertama
Bahan A
400gm tepung gandum
1 sudu besar yis segera
1/2 sudu kecil garam
300ml air suam
(satukan semua dan gaul sebati biarkan ia mengembang selama 1 setengah jam)

Bahan B
200gm tepung gandung
1/2 sudu kecil garam
60gm susu tepung
80gm gula kastor
1 biji telur
60gm shortening (sy pakai butter.. shortening habis)

Campurkan Bahan B dengan Bahan A yang telang diperam selama 1setengah jam. Uli sebati dan rehatkan 15 ke 20 minit. Kemudian Tumbuk keluarkan angin dan uli lg kemudian rehatkan selama 15 ke 20 minit. Setelah itu bentukkan donut ikut bentuk kesukaan dan biarkan dia naik dalam 10 ke 15 minit. Kemudian bolehlah digoreng siap dan dihias.. Makan la lepas tu..apa lagi..hehehehe
smiley

Kaedah yg kedua
Masukkan bahan A dalam breadmaker dan setkan dough.. selepas habis tempoh, campurkan dengan bahan B dan buat seperti di atas.

so soft!!!


Frozen kan yang selbihnya.. goreng separuh masak dlu ye sblum difrozenkan.. baru tahan lama dan kekal rasa asli.. Ceewahhhhsmiley

Selamat mencuba dan jgn salin je ye jd pekasam.. cubala..hehehe







Tuesday, May 8, 2012

Roti Naik dan Koleksi Gambar Kek :)

Salam Malaysia... huwarrgghhhhh.... bersarang nya blog ku... lama giler x tgk dan update. Kesian visitor2 yg dtg.. balik2 tgk post yg sama... huhuhu... sejak jadi pegawai sukan di Kolej ni... masa saya tak menentu... kerana keletihan akibat beban kerja kat pejabat dan padang... sy dah tak punya masa nak mengadap komputer lebih dari satu jam.. Hari ni saja2 jengah... kesian pulak tgk blog ni... spend la jugak masa nak update.

Masalahnya bukan spend masa untuk pikir apa nak taip untuk update je, tapi spend masa nak edit gmbar lagi (klau x gambar kena curi... hikkkss.. ada ke org nak curi gmbar aku?? prasan...hahahaha).. apa pun sy cuba la merajinkan diri untuk update skali skala...

Sepanjang sy menyepikan diri ni.. terdapat juga banyak tempahan dan rajin juga la sy memasak.. ada setengah yang sy ambik gambar.. ada yg tidak... kebetulan minggu lepas sy ada  tempahan kek yg besar.. so skali skala letak la gmbar yg banyak dalam koleksi sy ni buat tatapan umum.

Ahad lepas.. mood rajin memasak pun ada.. 1st time dalam seumur hidup, sy buat roti... yeahh roti ku jadi.. Naik dgn cantik dan lembut serta gebussss.. confirm jatuh berdebush bila makan...hahahaha.. perasan je dari tadi.. sy sertakan skali resepi kat sini ye... Yg ni sy dapat dari blog senior memasak.. CMG Resepi dari blog dia mmg best2.. smua nya menjadi... klau tak jadi tu.. mmg salah sendiri yek...hahahaha. Roti naik merupakan childhood punya makanan. Dlu2 arwah mak selalu tempah dari kawan dia pagi2 untuk sarapan.. sgt sedap... makan panas2 atau cicah dgn kopi.. perghh.. terbaikkk!

Oklah layan gambar dlu.. pastu baru resepi k... Enjoyyyy~

Kek Choc With Barbie Edible Image (besar woo kek ni..) lebih kurang 5 kg.. hehe


Fancy Cookies (shomell kan...)


Pavlova (ter'brown' sikit...)


Kek Karamel (yg ni mmg gerenti sgt sedap....mmmmm... teringat2 plak kat ofis ni...huhu)


Kek Marble (Old time faveret...)


Engagement fondant cake (Congrates sis Halizawati)


Choc Moist Cuppies with Choc Cream Cheese (best!!)


Pecan Carrot Cake with Cream Cheese (nyum..nyum)


Fondant Wedding Cake (Pink Roses)
Thanx kak Teena


Peacock Fondant Cake (Fruit cake)
Thanx Trish


2 Tiers Fondant Cake
Thanx Ieka


Blue Theme Cuppies
Thanx Ila


Cute Roses Cuppies
Thanx Madhir and Wife


Sweet Pink Cuppies
Thanx CT


Pink Rose Cuppies
Thanx S Noor



Roti Naik Johor




(sumber resepi Dapur Tanpa Sempadan)

400 g tepung roti
100 g tepung gandum
250 ml air
50 g susu tepung
180 g gula perang (brown sugar)
100 g mentega / marjerin
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning

  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal dan tak melekat di tangan. Bulat2 kan doh dan biar selama 45 minit atau hingga doh naik.
  2. Setelah doh naik, bahagikan doh kepada bulat2 kecil yang sama saiz (sbb sy malas, sy buat bulat2 besar...hahahaha.. gemuk je roti ku..) susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.... Layannnzzzz

Okla.. semoga kita panjang umur dan berjumpa lagi di alam maya ni.. thanx for the support... Datangla bila2 masa ye... tatatatatata... As Salam~


Sunday, November 14, 2010

Bachelor Grill Sandwich

Hari ni tak masak lagi sebab banyak keja luar..huhu.. Tghari td 'masak' kat kedai je.. ;P ..Actually grill sandwich ni orang makan waktu breakfast, tp sbb tgh malam ni rasa pedih perut pulak.. so mula la membongkar dapur.. Nampak roti, bole gak layan sambil wat keja depan komputer.. Namanye bachelor, sebab masa bujang dulu slalu buat benda alah ni... tp skrg dh kawen.. Mcm x sedap la pulak jd Married Grill Sandwich.. hehehe.. Takde la spesel sgt sandwich ni, tp saya suka sebab sedap dan ringkas. Just sharing, bole gak korang tambah bahan kudap-kudap.. erk? mcm pelik je ayat ku itu..


Bila-bila je korang bole buat.. nak seribu daya kan..;)

Roti Hotdog
Cheese 2 keping
Chicken Ham slice 1 keping (Ada jual kat giant, klau nak pakai turkey pun sedap, saya slalu tukar-tukar gak)
Sedikit Butter

Belah roti melintang tepi, sapu butter. Bakar atas pan sampai kekuningan. Letak atas pinggan, susun cheese ngan chicken ham. Tutup roti, kemudian letak semula atas pan. Sepanjang masak, tekan roti kuat (saya pakai belakang sudip je) Balik-balikkan ye.. Bila nampak cheese dh cair sikit, angkat.. Sedap makan panas-panas.. masa tengah garing.. yes! Jemput makan ye...


Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)