Showing posts with label veggie. Show all posts
Showing posts with label veggie. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

Asam Rebus Batang Keladi

Hari ni mula bekerja setelah KL cuti panjang selama 5 hari. Hmm.. seperti biasa chaos pun bermula hahaha. Semalam masa di kampung, mak lang saya bekalkan batang keladi 2 pokok untuk di bawa balik ke kl. Jadi apa lagi, kita buat asam rebus je la. ini antara lauk kegemaran saya. Dan ini juga first time acha, anak sulung saya makan keladi.. And yesss... she's love it!!! yeahhh.. mama happy

Saya gemar guna perencah ikan bilis. Anda bole juga guna perencah ikan selar or kembung atau udang pun bole. Terpulang pada tekak masing-masing ye. Jangan malu-malu untuk salin resepi ye

Bahan-bahan
2 pokok batang keladi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
8-10 tangkai cili kering (bubuh lebih kalau suka pedas)
1 inci belacan
1 inci kunyit hidup ( atau 1 sudu kecil kunyit serbuk)
2-3 asam keping (bergantung pada saiz)
Garam

Siang batang keladi sebersihnya dan rebus dahulu dengan air garam sehingga sedikit lembut. Tos dan ketepikan. Kisar halus bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili kering dan belacan. Masukkan dalam periuk dan tambahkan air lebih kurang 1 1/2 cawan. Rebus sehingga mendidih dan masukkan asam keping dan batang keladi yang telah dicelur. Perasakan dengan garam. Bole tambahkan sedikit gula jika suka. Makan dengan nasi panas... wallllaaaaaa



emoticon

Wednesday, August 21, 2013

Udang Galah Masak Tempoyak

Assalammualaikum smua.. apa la nak jd dgn blog sy ni... haha.. bukan stakat bersawang je tp mcm hidup segan dan mati x mau je.. masih mencari kekuatan dan kerajinan untuk berblog. Klau ada, ada la ye.. sblum tu nak bgtau.. sy dah pun selamat melahirkan baby boy pada April lepas (giler lama.. baru announce hahaha) Alhamdulillah..sihat baby, sihat mama.. dan makin bertambah malas nak tulis lama2 kat pc hehehe.. Hari ni pulak tetiba rasa rindu.

Semalam terlebih rajin, so memasak la kita.. nasib baik baby x meragam.. tido je lepas balik dr umah pengasuh.. Klau ikut resepi turun temurun, nenek guna ikan bilis.. tp sy gantikan dgn udang galah.. mmmm sedapnya tak terkata..(sbb sy mmg hantu udang hehehe)

Klau ada kelapangan, cubalah ye.. Insya Allah jadi..




Udang Galah Masak Tempoyak

Udang Galah 10 ekor
Jantung pisang (1 biji sederhana) hiris halus
Pucuk Ubi (hiris halus)
Serai 1 batang (hiris halus)
Daun Kunyit 1 helai (hiris halus)
Petai (potong kasar)
Tempoyak (ikut kepekatan yg disukai - sy pakai 2 senduk)
Santan 1 cawan

Bahan Kisar
Cili Padi 15-20 biji (ikut tahap masing2 ye..)
Bawang besar 1 biji
Kunyit hidup 1 inci

Masukkan bahan kisar dalam periuk dan renehkan hingga mendidih.. kemudian masukkan pucuk ubi dan jantung pisang dan rebus hingga lembut. Setelah lembut, masukkan bahan hirisan yang lain seperti petai, daun kunyit dan serai. Kemudian masukkan tempoyak. Perasakan dengan garam dan gula (lauk ni sedikit manis dan pedas ye). Akhir skali, masukkan udang dan diikuti dgn santan. Masak sehingga pekat sedikit. Sedia dihidang~


Tuesday, February 1, 2011

Nasi Tomato Vs Lauk Pauknye...

Salam cuti wilayah...haha..sy ni hari-hari cuti, so bila cuti public mcm ni tak rasa apa pun... before tu nak cakap takziah bagi negeri johor dan pahang yang teruk dilanda banjir... nasib baik rumah ku di johor takde apa2.. Kat Shah Alam ni pun hari-hari hujan terutamanya hari Ahad kelmarin..hujan dari pagi sampai malam.. non stop. Kejap lebat, kejap renyai.. cuaca pun sejuk la sangat sampai lantai rumah pijak pun rasa mcm air batu..huhuu. Okla.. menu ari ni request dari sahabat sy yang ada kat rumah sempena hari lahir buah hatinye.. so masak nasi tomato hari ni dgn kek... hmm... kek apa? haaa....tunggguuuuuu..haha.. Nasi tomato ni mmg faveret sy dan juga adik-beradik sy. Arwah mak memang ratu nasi tomato.. x leh lawan dia punye walaupun resepi sama.. maybe air tangan ibu tu lain macam sikit auranye.. so intai-intai la resepi ye.. mana tau tergerak hati nak mencuba...:)

Nasi Tomato
500gm beras
150 ml susu cair
Air (sama sukatan dengan beras) lebih kurang 3 1/2 cawan
4 sudu besar tomato puri
Daun Pandan
Rempah 4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis dan bunga lawang)
Minyak sapi
Garam secukup rasa


Bahan Kisar
1 1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Panaskan 2 sudu minyak sapi dengan 2 sudu minyak masak. Tumis rempah 4 sekawan bersama dengan daun pandan hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan garing. Kemudian masukkan air, garam dan tomato puri. Biar hingga air mendidih, kemudian masukkan susu dan beras. Kacau rata dan biar hingga mendidih. Kemudian tanak nasi seperti biasa dalam rice cooker. Hidang bersama lauk sampingan.

Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam (goreng dengan kunyit dan garam)
4 sudu besar tomato puri
100ml susu cair
Rempah 4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis dan bunga lawang)
Minyak sapi
Air dan Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
1 1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1 sudu besar serbuk cili atau 6-8 tangkai cili kering

Panaskan 2 sudu minyak sapi dengan 2 sudu minyak masak. Tumis rempah 4 sekawan dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Kemudian masukkan tomato puri dan jika terlalu pekat, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan susu cair dan masak hinga kuah sedikit kering. Hidangkan~


Kurma Kambing
300gm daging kambing
1 cawan santan
1 pkt rempah kurma
1 biji kentang
Rempah 4 sekawan
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang serai

Tumis bahan kisar dan rempah 4 sekawan dengan minyak hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan daging kambing dan gaul sebati. Kemudian masukkan air lebih kurang 2 cawan. Masak daging hingga empuk, kemudian masukkan kentang dan santan. Perasakan dengan garam. Siap!


Acar Timun
1 batang timun
1 batang lobak merah
1 cawan air masak
4 sudu besar cuka
5 sudu besar gula
1 sudu besar garam

Hiris halus dan memanjang timun dan lobak. Kemudian satukan dengan bahan-bahan lain dan perap semalaman. Lagi lama, lagi sedap :)

Jemputla makan ye~

Sunday, January 30, 2011

Ayam dan Tauhu Sos Tiram Vs Sayur Campur

Sayur sampingan .. Simple tp sedap,  sebab main campak-campak je... mcm style cina masak..hehehe.. cuaca mendung so masak pun mendung je la.. tgk je la ye.. tak rasa nak membebel la plak ari ni..


150gm isi ayam
1 batang tauhu telur jepun (potong dan goreng)
1 biji tauhu putih (potong dan goreng)
1 inci halia (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 ikat daun kucai
Garam dan lada sulah secukup rasa

Tumis bahan hiris hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan isi ayam dan goreng hingga masak. Masukkan sos tiram dan kicap dan sedikit air. Kemudian masukkan tauhu dan daun kucai yang telah dipotong. Akhir skali perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah.. Siap ye..




Kacang buncis
Lobak merah
Jagung muda
1 biji telur
1/2 biji bawang besar (tumbuk)
1 biji bawang putih (tumbuk)
1 sudu ikan bilis (tumbuk)
Garam secukup rasa

Tumis bahan tumbuk hingga wangi, kemudian masukkan sayur-sayuran sehingga lembut. Masukkan telur dan kacau hingga masak. Jangan lupa perasakan dengan garam secukup rasa. Jemputla makan ye~


Tuesday, January 25, 2011

Mee Udang Vs Sambal Ikan Keli & Sayur Lemak Putih

Salam... adusss..lemah sungguh rasa satu badan. I think i need to find something to boost my energy level and stamina. Easily tired nowadays..erkk nape speaking lak ni..haha..sukati la kan.. blog sy..  Okla, menu simple sebab keja banyak, so buat yang ado je.. Nak masuk entry pun rasa malas je.. slalu sy buat asing2 kan.. ni bile penyakit M dh datang.. amik ko.. smua smbat dlm satu entry..ahakksss..jangan marah ye.. skali skala je.. Ok la.. mee udang ni jgn mintak resepi ye sbb bukan saya yg masak.. ni ehsan dr my sister yang tapaukan mee udang dari Kuala Sepetang.. Tp nak jugak amik gambar sbb geram tgk udang2 tu... saje je nak bg korg terliur.. Mee udang mak teh ni mmg femes kat sana.. mmg sedap sgt lebih2 lagi klau makan dgn cili padi jeruk..perghh berasap telinga, berair idung..ewwww..hahah


Terliur kan????


Hah.. yang ni kita masak..

Sambal ikan keli
2-3 ekor ikan keli (bersihkan dan goreng garing dgn serbuk kunyit an garam)
2 kpg asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
15-20 cili kering
1 1/2 biji bawang besar
1 inci belacan
1 sudu besar kan bilis

Tumis bahan kisar hinga wangi dan garing, masukkan asam keping dan garam  dan gula. Kalau nak letak bawang merah kecil pun bole, sedap.. saya suka rasanya manis. Setelah cukup rasa, masukkan ikan dan gaul sebati. Masak hinga kuah sedikit kering. Hidang~




Sayur Lemak Putih
4 btg kacang panjang
1 btg lobak merah
5 biji jagung muda
1 keping tauhu putih (goreng)
1 keping tempe (goreng)
Suhun dan Tauhu Kering (sy tak letak sbb terlupa..huhuu)
1 cawan santan
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu ikan bilis

Yang ni paling senang masak...haha.. masuk je semua dalam periuk dan rasakan dengan garam. Masak hingga mendidih dan sayur lembut.. bukan lembik ye.. ok siap!


Monday, January 17, 2011

Asparagus Goreng Udang

Kebetulan baru turun dari Cameron semalam, belila asparagus ni.. mahal jugak.. satu ikat (lebih kurang 12 batang) RM10..huhuu.. tp suka.. Jumpa lak cendawan butang yang kecik dan comel... campurkan sekali.. senang dan mudah.. makan dengan sambal tumis petai tadi.. perghh.. nenek makan bertambah 2 kali...hahah


1 ikat asparagus
10 ekor udang
1 bungkus cendawan butang segar(lebih kurang 200gm)
Lada sulah dan garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis

Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak. Masukkan udang. Kemudian masukkan sayur asparagus dan cendawan. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Masak lebih kurang 5 minit dan kemudian hidangkan.


Thursday, January 6, 2011

Sup Telur Dgn Kubis

Sup ni utk anak sy sebab dia tak makan pedas.. jd kena la masak something... senang je sup ni.. main campak2 je..hahaha.. campak bahan dalm periuk takpe.. jgn campak periuk sudah la ye... layannzz


Bahan tumbuk
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 sudu ikan bilis

Bahan
1/2 biji kubis bulat
1 batang lobak merah
Suhun
Tauhu kering
2 biji telur
Lada sulah dan garam secukupnya

Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak hingga naik bau.. Masukkan air dan sayur-sayuran. Rasakan dengan garam dan lada sulah. Masukkan telur, jgn di kacau kuat.. kemudian masukkan suhun dan tauhu kering. Reneh hingga masak.. Siap!!



Saturday, January 1, 2011

Tumis Air Cendawan dan Tauhu

Sebagai pelengkap lauk daging tadi, mcm tak syok takde sayur.. Saya satu keluarga kurang gemar makan sayur hijau.. ikut mood.. huhuuu.. tp cendawan memang paberet. Anak paling suka.. Dilengkapkan dgn tauhu agar seimbang dan bagi warna sikit supaya nampak meriah. Ok la.. tak tau nak bebel apa.. jamu la mata ye.. klau berani cuba la..hahahaha


Cendawan tiram 1bungkus
Tauhu 1 biji (potong nipis dan goreng)
Lada sulah
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Tumbuk
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 sudu ikan bilis

Tumis bahan tumbuk sehinga naik bau, kemudian masukkan air. Setelah mendidih masukkan cendawan dan tauhu. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Masak hingga cendawan lembut (bukan lembik ye)... jgn lama dlm 2-3 minit je.. Siap.. jemput la makan..


Friday, November 19, 2010

Masak Lemak Pucuk Labu

Jumpa pulak pucuk labu ni kat pasaraya. Selalu susah nak cari.. kena pegi pasar besar. Pucuk ni rasa dia lemak dan sedap.. seakan-akan sayur bayam.. (untuk yang tak pernah makan la ye..)hehehe


Satu ikat Pucuk Labu
1/2 biji bawang besar (tumbuk)
1 biji bawang putih (tumbuk)
1 sudu ikan bilis (tumbuk)
1 cawan santan
1/2 helai daun kunyit
Garam secukup rasa

Masukkan santan, bahan tumbuk dan daun kunyit ke dalam periuk. Jika santan terlalu pekat tambahkan sedikit air. Panaskan sehingga mendidih. Masukkan sayur pucuk labu dan garam. Biarkan sehingga masak. Kacau sekali sekala agar santan tidak terbit minyak.


Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)