Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Friday, March 13, 2015

Cheesy Crackers

Salam Jumaat yang penuh barakah.. smoga kita smua sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah. Mood untuk buat dessert  sejak dua menjak ni meloncat-loncat. hahahaha. Kalau duk kat ofis asik mengoogle resepi yang best-best je. Saya memang hantu dessert. Pantang nampak kek atau puding, laju je tangan menyuap ke mulut.. tu yang badan macam dipam-pam.. hahahaha

Oklah a little bit about dessert yang sy baru buat ni. Actually ia adalah lapis cheese dengan biskut cream crackers. Rasa sedap dimakan sejuk dan sangat la sekejap je licin daripada bekas. Dicampur dengan kemasaman dari buah dan kemanisan dari cream serta kemasinan dari biskut. Semua rasa macam menari-nari sahaja di lidah. hahaha Maaf lah kalau saya buat uollsss terliur. Saya jual untuk dessert ini so maaf tak dapat sertakan resepi ye :) Jangan marah.. saya cari rezeki tambahan untuk keluarga.
Cheesy Mango Crackers

Cheesy Blueberry Crackers
Harga satu bekas kecil RM6 dan bekas besar RM12. Delivery hanya untuk 3 pcs and above. Caj RM5.. ok peace :) 


Monday, February 17, 2014

Donut

As Salam.. baru berkesempatan nak taip blog. Buat donut ni hari ahad lepas tp disebabkan 'kerajinan' yang terlampau, baru hari ni dapat post kat sini resepi. Sorry ye kengkawan Bright yellow Kao


drizzle with choc..yummy!!


Ok donut ni atas permintaan my princess.. so mama pun mula la operasi menggoogle.. cari donut yg paling crispy and fluffy.. so terjumpa la satu blog ni here .. eden pun torai la.. resultnya.. pergh.. mmg best.. ala2 jco la donutnya.. cuma adunannya agak banyak utk kami berdua walaupun sy buat setengah adunan je.. maka selebihnya sy jadikan donut frozen.. senang, bila2 nak just goreng je.. hehehe




traditional way!

Silalah salin ye..
Kaedah pertama
Bahan A
400gm tepung gandum
1 sudu besar yis segera
1/2 sudu kecil garam
300ml air suam
(satukan semua dan gaul sebati biarkan ia mengembang selama 1 setengah jam)

Bahan B
200gm tepung gandung
1/2 sudu kecil garam
60gm susu tepung
80gm gula kastor
1 biji telur
60gm shortening (sy pakai butter.. shortening habis)

Campurkan Bahan B dengan Bahan A yang telang diperam selama 1setengah jam. Uli sebati dan rehatkan 15 ke 20 minit. Kemudian Tumbuk keluarkan angin dan uli lg kemudian rehatkan selama 15 ke 20 minit. Setelah itu bentukkan donut ikut bentuk kesukaan dan biarkan dia naik dalam 10 ke 15 minit. Kemudian bolehlah digoreng siap dan dihias.. Makan la lepas tu..apa lagi..hehehehe
smiley

Kaedah yg kedua
Masukkan bahan A dalam breadmaker dan setkan dough.. selepas habis tempoh, campurkan dengan bahan B dan buat seperti di atas.

so soft!!!


Frozen kan yang selbihnya.. goreng separuh masak dlu ye sblum difrozenkan.. baru tahan lama dan kekal rasa asli.. Ceewahhhhsmiley

Selamat mencuba dan jgn salin je ye jd pekasam.. cubala..hehehe







Friday, January 7, 2011

Talam Seri Muka Pisang

Salam Jumaat... sekejap nya masa berlalu kan... hmm menu ari ni dessert lg. Lunch kitorg makan luar lg hari ni..ahakks.. Ni kukus pg tadi. Sbnarnya nampak kuih ni kat rumah kak Jun , mmg sgt sedap. Lembut dan wangi.. slalu makan seri muka pulut.. ni first time makan seri muka pisang.. Dan nak dijadikan citer, ni gak first time seumur hidup yg dh tua ni, saya buat kuih talam.. Seronoknya bila bawak kuar dari kukus dan yeayyyy!! kuih ku jadi... tgk la ye :)


Neves..neves.. ni br kuar dari kukus.. nampak cantik dr luar.. mcm mana rasa dan teksturnye ye..hmm tak sabar.. cepat la sejuk..

Bawah
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
2 cawan pisang lenyek
1/2 cawan gula
2 sudu kastad

Campurkan semua dan kukus selama 20 minit..

Atas
60gm tepung gandum
100gm gula
250gm santan
50gm jus pandan (sy pakai esen pandan sbb lupa nak beli daun pandan..ahaha)
1/2 sudu tepung jagung
2 biji telur
sedikit garam dan pewarna hijau

Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...



Tadaaaaaa.. Hasilnye.. sgt puas hati tp sebab sy ni buka org yg cermat.. potong pun ala kadar janji sedap masuk mulut ko...hahahah.. mood suka sangat ;)


Thursday, January 6, 2011

Strawberry Cheese Crackers

Salam lagi sekali.. ni menu minum petang ari ni, nampak kat fb Mamazieza ari tu.. teringat2..nak cuba jugak. Perghh... memang sedap sgt.. very light, creamy and mmmm.. tak leh nak describe... sedap especially makan sejuk2. Mcm makan ice cream, ada rasa secret recipe ckit (bole caya ke...ekekeke..) tp mmg tak tipu..sedap. Cuba la.. tq mama for sharing this wonderful yet very easy recipe :) Mmuahhh.. for you..


Biskut Cream Crackers (any brand, i'm using Julie's)
250gm Cream Cheese
65gm Butter
1/2 cup sugar
Strawberry jam
Milk (i'm using HL)

Whip cream cheese, butter dan gula sampai kembang. Then sapu jam pada each crackers, then dip dalam milk kemudian susun dalam mangkuk or container.1st layer crackers diikuti dgn cheese (u ols bole sapu, tp sy nak senang masuk dlm piping beg, then pipe kan je atas crackers td) dan seterusnya sampai cheese habis. Sy dapat dlm 3 layer.. Then chill kan dalam fridge... sangat sedap!!! TRY this...


Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)