Monday, February 17, 2014

Donut

As Salam.. baru berkesempatan nak taip blog. Buat donut ni hari ahad lepas tp disebabkan 'kerajinan' yang terlampau, baru hari ni dapat post kat sini resepi. Sorry ye kengkawan Bright yellow Kao


drizzle with choc..yummy!!


Ok donut ni atas permintaan my princess.. so mama pun mula la operasi menggoogle.. cari donut yg paling crispy and fluffy.. so terjumpa la satu blog ni here .. eden pun torai la.. resultnya.. pergh.. mmg best.. ala2 jco la donutnya.. cuma adunannya agak banyak utk kami berdua walaupun sy buat setengah adunan je.. maka selebihnya sy jadikan donut frozen.. senang, bila2 nak just goreng je.. hehehe




traditional way!

Silalah salin ye..
Kaedah pertama
Bahan A
400gm tepung gandum
1 sudu besar yis segera
1/2 sudu kecil garam
300ml air suam
(satukan semua dan gaul sebati biarkan ia mengembang selama 1 setengah jam)

Bahan B
200gm tepung gandung
1/2 sudu kecil garam
60gm susu tepung
80gm gula kastor
1 biji telur
60gm shortening (sy pakai butter.. shortening habis)

Campurkan Bahan B dengan Bahan A yang telang diperam selama 1setengah jam. Uli sebati dan rehatkan 15 ke 20 minit. Kemudian Tumbuk keluarkan angin dan uli lg kemudian rehatkan selama 15 ke 20 minit. Setelah itu bentukkan donut ikut bentuk kesukaan dan biarkan dia naik dalam 10 ke 15 minit. Kemudian bolehlah digoreng siap dan dihias.. Makan la lepas tu..apa lagi..hehehehe
smiley

Kaedah yg kedua
Masukkan bahan A dalam breadmaker dan setkan dough.. selepas habis tempoh, campurkan dengan bahan B dan buat seperti di atas.

so soft!!!


Frozen kan yang selbihnya.. goreng separuh masak dlu ye sblum difrozenkan.. baru tahan lama dan kekal rasa asli.. Ceewahhhhsmiley

Selamat mencuba dan jgn salin je ye jd pekasam.. cubala..hehehe







Friday, January 10, 2014

Kek Buah (version bakar)

As Salam.. Salam Jumaat.. Hari yang mendung untuk buat kerja.. hahaha.. alasan.. kek ni sy buat hari Selasa tu.. teringin nak makan.. lebihnya sedekah pada kawan2.. seronok tgk dorg makan hasil air tangan kita.. Simple Kao
Minggu ni kat ofis agak tenang sikit.. maklumlah kelas belum mula.. minggu depan baru hidup tak macam orang balik :p Sbb tu blog ni agak berkarat dan bersawang.. takpe la.. at least ada gak entry.. tujuan buat blog ni pun just for fun dan juga peninggalan untuk anak cucu jika kita dah tiada lagi kat dunia.. Ilmu Allah takkan habis.. mari kita berkongsi..


Kek buah ni ada banyak versi.. ada yang bakar, ada yang kukus, ada yang berempah.. macam2 la.. kali ni try versi sy jumpa kat internet.. kat sini :) Thank you.. tuan tanah punya resepi.. minta halal dunia akhirat :)

KEK BUAH KAYA (RICH FRUIT CAKE)

2 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu gula utk gula hangus
1 1/2 cawan gula kastor (sy pakai 1 cawan)
1 cawan air sejuk (sy tukar ke 1 cawan jus oren - bole perah sendiri.. hehe tp org malas mcm sy guna peel fresh saje)
2 biji telur

250 gm butter
2 cawan mixed fruit (gaulkan sikit dgn tepung dlm 1 atau 2 sudu)
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar

Masak 3 sudu gula higga perang, kemudian masukkan jus oren dan kacau hingga cair smua. Masukkan butter, mixed fruit dan gula. Kacau hingga smua butter cair. Kemudian masukkan soda bikarbonat dan cream of tartar sambil kacau. Adunan akan membuih dan membuak naik. Tutup api dan sejukkan lebih kurang 10 minit. Campurkan tepung gandum yang diayak dan last sekali telur. Alas bekas kek dgn kertas minyak dan sapukan sikit butter atau minyak. Bakar 170 degree lebih kurang 40 - 50 minit (ikut oven dan ikut bekas yang digunakan). Selamat menjamu selera..emoticon



Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)