Showing posts with label tart. Show all posts
Showing posts with label tart. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Some of June orders..

Perghhhh..Salam semua... sampai terpaksa kumpul smua order untuk upload dlm blog..haha.. nampak sgt kerajinan tu tak berapa nak ada..hahaha.. Maklumla sekarang ni semester kolej sedang bermula.. banyak betul keja.. balik rumah mesti lepak... kul 9 selalu lampu bilik dah gelap..hehe.. dgn anak skali ku paksa tidor...hahaha.. kejammmmm... So terlanjur hari ni bukak blog yang mcm ala-ala bersawang gitu.. upload la sikit gambar-gambar order bulan 6.. itu pun ada yang tak sempat ambik gambar sebab bateri dah habis.. harruuu..

Before cuci mata.. nak gak bagitau... buat masa ni Iris Kitchen takde buat promotion apa-apa.. bukan apa.. klau buat promo.. order banyak.. kita yang tak larat nak buat..haha.. memang tak de masa.. bukan sombong tau.. so harap bersabar ye.. tunggu hingga cuti semester bulan 8 nant..

Oklah.. antara gambar yang bakal diupload adalah order dari Kak Azrina, Atiqa, Kak Ros, Nurbaya, Mr Bonny, Latifah dan kawan Lat (maaf tak ingat nama)... Thanx semua.. Luv ya~


Happy face :D Mr Bonny..


Engagement Doll Fondant Cake


Cake Pop Bouquet Germany Theme


The Happy Receiver : Mr Reza for Father's Day from Nurbaya


Red Velvet Cuppies for Father's Day from kawan Latifah


Red Velvet Cuppies for Father's Day from Latifah


Blueberry Cheese Tart : order from Nurbaya, Kak Azrina, Atiqa dan Kak Ros


Red Velvet Cuppies : Order from Kak Ina dan Kak Ros


NEW FLAVOR FROM IRIS KITCHEN : CHOCOLATE CHEESE TART... so yummilicious!!!

That's all show for today..ahakkkss.. lama giler tak upload resepi.. rasa rindu pulak.. saya masak bole katakan hari-hari.. tapi nak tertunggang tonggek amik gambar tu yang tak kuasa mak...ahaiiiii~ Nantikan la ye.. Insya Allah berjumpa lagi.. tatatata~



Monday, May 9, 2011

Red Velvet dan Tarts

Salam Isnin... hari ni mood blues cit.. bukan pasal keja... mmg excited nak pg keja, tp anak pulak demam ari ni... syian dia.. hantar pegi taska pun menangis tak berhenti... sayu je hati mama..huhu.. Get well soon my dear.. Hmm.. meh la sambung sembang.. klau dilayankan blues ni sangat, ke laut jadinye..hehe.. Sebelum tu Iris Kitchen nak wish 'HAPPY MOTHERS DAY' to all mothers out there.. You've done a great job.. You're the most wonderful persons in the whole world... Always love you mum.. AlFatihah~ for my late mum..

Semalam, rajin terlebih untuk baking for my sister in law yang tengah berpantang lepas melahirkan anak ke 2... and for her mother also yang tersangat baik pada saya sekeluarga.. Happy Mothers Day, aunty and Ida.. So saya rasa Red Velvet is the best cake to show our love... ehehe.. because of the taste (with cream cheese topping) and maybe because of the color... Tp nak dijadikan cerita color merah kat rumah tinggal sikit..huhu.. tu yang warna x berapa nak merah tu... xpe la.. janji sedap... Anak saya je dah makan tiga ketul hokeyyy....hehe


masih dalam oven....  can't wait **wink**wink


after frosting with cream cheese.. yummmy!!


Tadaaaaaa..... Tempting kan????


Selain itu, weekend ni pun Alhamdulillah.. ada order lagi.. 250 cheese tarts dan 20 fruit tarts... Sbnarnya buat tart ni.. yang remehnya bila nak buat kulit nya.. nak mengantuk juga la bila asik menggentel doh tu..ahahaha... Ok la.. tak tau nak tulis apa lagi.. ni kat ofis, so nak sambung wat keja ofis plak... hingga berjumpa lagi.. Mmmuahhh~



lautan cheese tarts..


fruit tarts..



Wednesday, May 4, 2011

Ulangtahun Pertama

Salam... hari ni genap Iris Kitchen berumur setahun... Kalau budak-budak, dah mula belajar jalan dan berlari...Saya sangat bersyukur kerana hingga ke hari ini Iris Kitchen masih bertahan dan kukuh lagi di persada online ni..hahaha.. cehh ayat skema.. Macam-macam dugaan sy lalui.. ada kenangan manis dan pahit... Taklupa juga kepada pelanggan yang setia terutama kawan-kawan disekeliling saya yang sentiasa memberi sokongan dengan membuat tempahan daripada saya. K.Siti, Kelly, Finie, Nana, Aulia, Aleda dan ramai lagi yang saya nak sebut nama..hehe... Thanx uollsss~

Hari ni saya just nak bercerita pasal antara pengalaman saya, yang manis dan yang pahit.. Antara yang paling saya tak boleh lupakan ialah membuat kek perkahwinan 4 tingkat untuk adik Fini. Rasanya masa tu Iris Kitchen baru berusia sebulan.. Kepercayaan yang diberi sangat mengharukan. Terima kasih daling.. Satu lagi yang paling saya tak bole lupa, menyiapkan 7000 muffin yang diorder oleh Nurul Ain sempena perkahwinan abangnya.. Perghh... makan...muffin, tido... muffin, mandi... muffin.. selama seminggu hidup saya bergelumang dengan muffin...Hahaha.. habis rumah saya dari tingkat 1 sampai 8, berbau muffin. Paling tak bole lupa, bila security bawah tanya, tau tak kat mana bau kek kuat sangat... dh 3 hari bau kek je...hahaha.. tergelak saya.. tu rumah saya la pakcik.. saya buat berniaga, ada orang tempah.. ooo... pakcik tu pun tergelak.. last2 dia pun order kek gak ngan saya.. Alhamdulillah~ Thanx Ain so much..

Ada juga pengalaman pahit yang mengajar dan membantu saya untuk lebih matang dalam bisnes ini, antaranya kek bantat...(huhu)...order tak sempat siap... deco tak menjadi...Ya Allah~  moga perkara2 ni x jadi lagi pada saya...

Oklah.. di kesempatan ni juga, saya nak share.. Order minggu lepas 300 fruit tarts yang diorder oleh k.Ina, Iqa, Kelly dan k.Nofiera... Thanx :)




Sempena ulangtahun Iris Kitchen, saya ingin menawarkan DISKAUN 30% kepada semua kawan-kawan dan pelanggan Iris Kitchen bagi tempahan kek, muffin dan cupcake. Semoga anda dirahmati Allah selalu~ Sehingga berjumpa lagi As Salam~





Monday, April 25, 2011

Ovenku berasap semula :)

Salam Isnin... hari yang ceria untuk mula bekerja.. Alhamdulillah.. walaupun sy menyepi lama masih ada juga yang meletak kepercayaan untuk membuat tempahan.. mmg hari-hari yang saya lalui sgt sibuk tapi seronok sebab semua nya benda yang saya minat. Okla.. order ni dari kawan sekerja Nur Atiqa dan Azrina.. Ika order kek 2kg lebih untuk birthday party anak buah nye... Kek ni Choc Blueberry Fresh Cream bertemakan Barbie.. Ika juga order Blueberry Cheese Tart utk saje2 buat makan katanya..hehehe.. K.Ina pulak order Choc Cheese Brownies... siap merayu lagi akak ni suh buat sebab teringin sgt nak makan...hahaha...amacam kak? puas dah dapat makan?? hehehe... k.Ina order Blueberry Cheese Tart jugak..Thanx both of you.. Oklah..layan la gambar... Officially tempahan dibuka semula..jangan malu-malu..jangan segan-segan... minggu depan Iris Kitchen akan genap setahun.. Nantikan tawaran hebat dan hadiah untuk pelanggan istimewa Iris Kitchen :)


 Terliur ke?? Blueberry Cheese Tart...hehe 

 Fresh baru kuar oven..

 My Femes Choc Cheese Brownies... Femes ke??? hahahah

 Fresh Cream Choc Blueberry Cake..

Barbie Theme..

Okla... hingga jumpa lagi nant.. stay Tuned~


Tuesday, November 30, 2010

Tart Nenas

Lepas habis baking tadi.. still ada mood nak baking lagi. Rasa macam nak menge"tat" plak.. hikkss.. lain macam plak bunyi dia. Masa raya ari tu tak puas makan tat, kbetulan inti mmg ada. Makan tat memang mengasyikkan.. tau-tau dah setengah balang..ahakss. My husband tak suka, tp si kecik ni pun taste mcm saya, sgt suka tat nenas. Resepi ni dari mak lang saya.. dia punye tat mmg tak leh lawan (ikut tekak saya la..hahah)


Ni dpt dlm 50 pcs..

Inti 
1 bij nenas
2 helai daun pandan
2-3 cawan gula (ikut selera klau tak suka manis kurangkan, klau suka manis tambah)
Esen Vanilla

Parut nenas dan tapis (tak mau air masamnye, tp jgn perah, just tapis) Masukkan dalam kuali atau periuk, masukkan gula, daun pandan dan esen vanilla. Masak inti sampai pekat. Ketepikan.

Tart
250gm Butter
1 biji telur kuning
Tepung gandum
1 sudu gula
1 sudu  kecil vanillin atau esen vanilla pun bole

Pukul butter dgn gula sekejap. Masukkan telur dan pukul lagi. Jgn terlalu lama. Masukkan tepung dan vanillin. Saya tak letak sukatan tepung sebab saya masukkan tepung dalam adunan hingga adunan tak melekit dan bole dibentuk. Gula memang sikit sebab inti dah manis. Terap ikut acuan dan letak inti. Bakar 170degree selama 10-15 minit.

Peace~

Tuesday, November 9, 2010

Cheese Tart

Cheese tart merupakan favourite saya dan anak (mr hubby x suka smua jenis tart..huhu) klau makan, mesti dkat setengah balang habis..haishhh.. kena control ckit.. tp cuba you all tgk pics ni..leh tahan ke?

Blueberry cheese tart..

Marble cheese tart..

Ha amacam.. terliur kan.. so far feedback memberangsangkan.. Cheese tart ni satu box (50 pcs) RM35 je.. Bole campur2.. ada 2 flavor stakat ni.. Blueberry, Strawberry and Coklat.. Meh la oder kalau nak rasa ;)

rupa before masuk oven..


dah siap packing.. tggl nak antar.. ni smua order masa raya ari tu... Thanx all.. nak mention nama tp x ingat coz ramai sgt... ;)







Monday, November 8, 2010

Fruit Tartlet


Yummy fresh fruit tartlet.. You can choose the variety of fruits from the list

  • Grapes
  • Strawberry
  • Peach
  • Mango
  • Lychee
  • Longan
  • Rambutan
  • Kiwi
Maximum 3 choices of fruits..
Price RM15.00 for one dozen.. RM1.50 per pcs..



Order from kak Siti Katina from Kota Damansara. TQ sis!!


Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)