Showing posts with label fruit. Show all posts
Showing posts with label fruit. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Kek Buah (version bakar)

As Salam.. Salam Jumaat.. Hari yang mendung untuk buat kerja.. hahaha.. alasan.. kek ni sy buat hari Selasa tu.. teringin nak makan.. lebihnya sedekah pada kawan2.. seronok tgk dorg makan hasil air tangan kita.. Simple Kao
Minggu ni kat ofis agak tenang sikit.. maklumlah kelas belum mula.. minggu depan baru hidup tak macam orang balik :p Sbb tu blog ni agak berkarat dan bersawang.. takpe la.. at least ada gak entry.. tujuan buat blog ni pun just for fun dan juga peninggalan untuk anak cucu jika kita dah tiada lagi kat dunia.. Ilmu Allah takkan habis.. mari kita berkongsi..


Kek buah ni ada banyak versi.. ada yang bakar, ada yang kukus, ada yang berempah.. macam2 la.. kali ni try versi sy jumpa kat internet.. kat sini :) Thank you.. tuan tanah punya resepi.. minta halal dunia akhirat :)

KEK BUAH KAYA (RICH FRUIT CAKE)

2 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu gula utk gula hangus
1 1/2 cawan gula kastor (sy pakai 1 cawan)
1 cawan air sejuk (sy tukar ke 1 cawan jus oren - bole perah sendiri.. hehe tp org malas mcm sy guna peel fresh saje)
2 biji telur

250 gm butter
2 cawan mixed fruit (gaulkan sikit dgn tepung dlm 1 atau 2 sudu)
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar

Masak 3 sudu gula higga perang, kemudian masukkan jus oren dan kacau hingga cair smua. Masukkan butter, mixed fruit dan gula. Kacau hingga smua butter cair. Kemudian masukkan soda bikarbonat dan cream of tartar sambil kacau. Adunan akan membuih dan membuak naik. Tutup api dan sejukkan lebih kurang 10 minit. Campurkan tepung gandum yang diayak dan last sekali telur. Alas bekas kek dgn kertas minyak dan sapukan sikit butter atau minyak. Bakar 170 degree lebih kurang 40 - 50 minit (ikut oven dan ikut bekas yang digunakan). Selamat menjamu selera..emoticon



Friday, December 3, 2010

Kerabu Sotong, Mangga dan Epal Hijau

Menu kedua ni ala-ala mcm orang mengandung plak.. ngidam-ngidam gitu (takde maknanye..) penuh ngan rasa masam dan sedap, ngeh ngeh ngeh... kerangupan epal hijau, kewangian mangga dan kelembutan sotong (awww..) pergh..kena lak dengan lauk masak lemak cili api tadi. Berpeluh ketiak.. ewwww.. hahaha..

Oklah.. merapu lak den.. silala salin kalau berkenan ye..


Sotong 4 ekor
Mangga Muda 1biji
Epal Hijau 1 biji
2 sudu air panas
1 sudu gula
1/2 sudu garam
3 biji limau kasturi atau 2 biji limau nipis
Serai 1 batang
Bawang Merah 2 biji
Cili padi 2 biji

Celur sotong dalam 1 minit dalam air panas (jangan lama, nanti liat). Parut atau hiris mangga dan epal hijau. Hiris bawang, cili padi dan serai. Campurkan semua bahan hirisan dengan sotong. Untuk dressingnye (cewahh).. Campurkan air panas, gula, garam dan perahan limau, kacau hingga larut semua dan curahkan atas hirisan tadi. Gaul sebati dan Jemputla makan ye.. ngeeee..

pssst.. saje tak letak udang kering or berbagai yang lain sebab nak kekalkan rasa manis sotong tu.. klau suka bole la tambah ye. Sedap juga kalau tambah hirisan daun limau purut..

Tuesday, November 30, 2010

Tart Nenas

Lepas habis baking tadi.. still ada mood nak baking lagi. Rasa macam nak menge"tat" plak.. hikkss.. lain macam plak bunyi dia. Masa raya ari tu tak puas makan tat, kbetulan inti mmg ada. Makan tat memang mengasyikkan.. tau-tau dah setengah balang..ahakss. My husband tak suka, tp si kecik ni pun taste mcm saya, sgt suka tat nenas. Resepi ni dari mak lang saya.. dia punye tat mmg tak leh lawan (ikut tekak saya la..hahah)


Ni dpt dlm 50 pcs..

Inti 
1 bij nenas
2 helai daun pandan
2-3 cawan gula (ikut selera klau tak suka manis kurangkan, klau suka manis tambah)
Esen Vanilla

Parut nenas dan tapis (tak mau air masamnye, tp jgn perah, just tapis) Masukkan dalam kuali atau periuk, masukkan gula, daun pandan dan esen vanilla. Masak inti sampai pekat. Ketepikan.

Tart
250gm Butter
1 biji telur kuning
Tepung gandum
1 sudu gula
1 sudu  kecil vanillin atau esen vanilla pun bole

Pukul butter dgn gula sekejap. Masukkan telur dan pukul lagi. Jgn terlalu lama. Masukkan tepung dan vanillin. Saya tak letak sukatan tepung sebab saya masukkan tepung dalam adunan hingga adunan tak melekit dan bole dibentuk. Gula memang sikit sebab inti dah manis. Terap ikut acuan dan letak inti. Bakar 170degree selama 10-15 minit.

Peace~

Sunday, November 21, 2010

Pajeri Nenas

Lauk ni walaupun simple tapi menjadi kesukaan saya sejak dulu lagi. Paling suka kalau makan ngan nasi putih di lawankan dengan sambal tumis sotong.. pergghh.. memang makan 3 kali tambah. Arwah mak slalu masakkan untuk saya kalau balik jb, skrg ni kena la buat sendiri, hehehe biar anak sendiri pulak terkenang-kenangkan kita.


Nenas 1 biji
Kayu manis
Bunga Lawang
Minyak 2 sudu
Bawang Merah 1 biji
Bawang putih 1 biji
Garam
Gula
Air 1 cawan
Cili Merah (hiasan)

Rebus nenas kemudian tos dan buang air masam nenas. Tumis kayu manis, bunga lawang, bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Tambah air dan masukkan garam dan gula. Masukkan nenas dan cili merah. Masak hingga menggelegak. Siap.. (info: lauk ni memang manis, jadi jangan kedekut gula ye..;))


Friday, November 19, 2010

Sambal Belacan Kuini

Pernah makan buah kuini tak? Rasanya seakan mangga, tapi mempunyai bau yang unik dan harum. Sedikit bersabut teksturnya, jika masak sangat manis rasanya. Depan rumah arwah mak, ada tanam sebatang pokok ni. Berbuah setahun sekali. Kalau ikut petua orang tua, buah kuini jangan buat sambal belacan nanti buah berulat. Tp takpe sebab buah ni saya beli, bukan pokok sendiri..ekekeke..




Cili Merah 4 biji
Cili padi 5 biji
Belacan
Garam
Kuini 1 biji

Bakar belacan sampai wangi. Tumbuk belacan, cili merah, cili padi, garam dan sedikit hirisan buah kuini. Jangan habiskan. Tumbuk sampai lumat (kalau malas, masuk blender kering mcm saya..ekekeke). Kemudian hiris baki buah kuini dan hidang bersama sambal.


Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)