Friday, January 10, 2014

Kek Buah (version bakar)

As Salam.. Salam Jumaat.. Hari yang mendung untuk buat kerja.. hahaha.. alasan.. kek ni sy buat hari Selasa tu.. teringin nak makan.. lebihnya sedekah pada kawan2.. seronok tgk dorg makan hasil air tangan kita.. Simple Kao
Minggu ni kat ofis agak tenang sikit.. maklumlah kelas belum mula.. minggu depan baru hidup tak macam orang balik :p Sbb tu blog ni agak berkarat dan bersawang.. takpe la.. at least ada gak entry.. tujuan buat blog ni pun just for fun dan juga peninggalan untuk anak cucu jika kita dah tiada lagi kat dunia.. Ilmu Allah takkan habis.. mari kita berkongsi..


Kek buah ni ada banyak versi.. ada yang bakar, ada yang kukus, ada yang berempah.. macam2 la.. kali ni try versi sy jumpa kat internet.. kat sini :) Thank you.. tuan tanah punya resepi.. minta halal dunia akhirat :)

KEK BUAH KAYA (RICH FRUIT CAKE)

2 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu gula utk gula hangus
1 1/2 cawan gula kastor (sy pakai 1 cawan)
1 cawan air sejuk (sy tukar ke 1 cawan jus oren - bole perah sendiri.. hehe tp org malas mcm sy guna peel fresh saje)
2 biji telur

250 gm butter
2 cawan mixed fruit (gaulkan sikit dgn tepung dlm 1 atau 2 sudu)
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar

Masak 3 sudu gula higga perang, kemudian masukkan jus oren dan kacau hingga cair smua. Masukkan butter, mixed fruit dan gula. Kacau hingga smua butter cair. Kemudian masukkan soda bikarbonat dan cream of tartar sambil kacau. Adunan akan membuih dan membuak naik. Tutup api dan sejukkan lebih kurang 10 minit. Campurkan tepung gandum yang diayak dan last sekali telur. Alas bekas kek dgn kertas minyak dan sapukan sikit butter atau minyak. Bakar 170 degree lebih kurang 40 - 50 minit (ikut oven dan ikut bekas yang digunakan). Selamat menjamu selera..emoticon



Monday, October 14, 2013

Choc Cheese Haven Cake

Salam petang.. Maaf sbb tertunggak lama nak masukkan post resepi kek ni.. keja bertimbun2 bertambah lagi dgn kelas yang baru start.. Kek ni lebih kurang sama dgn choc cheese marble cuma cheesenya krim bukan dimasak seperti kek choc cheese..



Silalah salin ye kakak-kakak emoticon

Utk resepi kek please klik Choc Cheese Marble ye.. resepi kek yang sama..

Krim Cheese Haven

150 ml Whipping Krim Non Dairy
250 gm Cream Cheese
2 Sudu Besar Gula Aising
1 sdk esen vanilla

 Sedikit Choc Masakan / Dark Choc

Pukul cream cheese dgn gula aising dan esen vanilla.. Setelah kembang, masukkan krim dan pukul hingga gebu.. sapukan atas kek. Kemudian cairkan coklat, dan lorekkan atas kek seperti dalam gambar.. hehee senang kan.. Enjoy!!!




Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)