Friday, May 29, 2015

Sambal Pengantin (Sambal Goreng)


Salam Jumaat yang penuh barakah. Semalam saya berpuasa menghabiskan sisa-sisa puasa ganti yang belum selesai. Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Saya memang penggemar sambal goreng. jika diikutkan ada banyak jenis sambal goreng, ada sambal goreng hitam (pakai kicap), sambal goreng putih (guna santan sahaja) dan sambal goreng merah atau dipanggil sambal pengantin. Saya pernah buat sambal goreng hitam di sini. Ketiga-tiga mempunya bahan asas yang hampir sama iaitu tempe goreng, tauhu goreng dan kentang goreng.

Kemudian kita boleh la campurkan pelbagai jenis rencah yang lain seperti daging, paru, udang, hati ayam, pedal ayam, hati lembu dan sebagainya ikut selera. Ada yang letak sayur seperti kacang panjang atau buncis ikut kegemaran masing-masing. Bole juga diletak pucuk tauhu dan suhun. Tepuk dada tanya selera. Yang paling seronok makan sambal goreng ni bila meratahnya memang tak ingat orang dah.. sedap!
 smiley


Resepi untuk dua atau tiga orang makan ye..

Bahan Kisar
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 biji
Halia 1 inci
Serai 1 batang
Cili kering 10 tangkai (Kalau suka pedas tambahla ye..) or (kalau guna cili serbuk macam sy pakai dalam 2 sudu besar)
1 sudu kecil belacan

1 sudu asam jawa (saya pakai yang segera)
Lengkuas (ketuk)
Santan pekat 1/2 cawan
Garam, gula dan minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan-bahan lain
Tempe 1 bungkus (goreng dahulu)
2 keping tauhu (goreng dahulu)
2 biji kentang (goreng dahulu)
Paru 200gm (rebus dan goreng dahulu)
Daging 100gm (hiris nipis)
Udang 300gm

(Kesemua bahan diatas kecuali udang dipotong dadu dan di goreng dahulu secara berasingan dan ketepikan)

Sayur
6 tangkai kacang panjang
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 biji bawang besar

(Kesemua bahan dihiris nipis)

Mula-mula tumis bahan kisar bersama lengkuas sehingga naik bau, dan masukkan garam dan gula ketika menumis untuk sebatikan rasa. Setelah cili garing, masukkan asam jawa, kacau rata dan masukkan santan. Kemudian masukkan udang, daging dan bahan goreng yang lain. Kacau hingga kuah sedikit kering dan masukkan bahan sayur. Rasa sekali lagi cukup garam dan gula. Masak hingga kering dan tutup api. Bole dihidang dengan nasi panas...




1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)