Friday, February 18, 2011

Cuti Sementara...

Salam 1 Malaysia semua.. fuhh.. lama giler tak update blog.. tak sempat la yang... sibuk dgn tempahan, pastu pegi bercuti plak... lpas ni pun banyak tempahan dan juga akan sibuk dgn nak berpindah ke rumah baru. So harap2 faham la ye klau saya menghilang 2-3 minggu ni.. bagi selesai smua dulu.. klau ada yang ingin bertanya atau buat tempahan..silalah telefon saya atau tinggalkan msg di inbox fb saya.. Insya Allah FB akan saya buka hari-hari.. Oklah.. salam again~

Friday, February 4, 2011

Order dr Nuriq dan Khairul dan PROMO Feb 2011

Salam Jumaat.. ari ni raya kedua eh...(raya cina..hehehe) takpe, kita kan satu Malaysia. Oklah, ni order dr rakan FB, Nuriq sempena weddingnya ari Sabtu ni. Nuriq request purple theme dan muffin 50 pcs. Takde banyak nak share, just kjap lagi nak announce promo bulan Februari pulak.. so tttuuuunngggggguuuu....


gebusss kan???? hahahaha..


ready to go!!!


congrates nuriq dan khairul..


purple theme.. so sweet ;)

ok... dah citer pasal order, kita citer pasal promo plak.. saya mmg suka bab promo ni.. ada order ke takde order, tu Allah punye kerja. ada rezeki, ada la... kita usaha je cari rezeki untuk anak-anak kan... oklah. bulan ni untuk kek yang mendapat sambutan hangat selama Iris Kitchen dibuka...

7" Choc Cheese Brownies
7" Oreo Cake
7" Choc Cheese Layer Cake

RM25.. 

7" Choc Moist Cake with Ganache

RM20..

so HURRY.. celebrate the love month with this mouth watering cake... contact me for further info~

the End~Peace



Tuesday, February 1, 2011

Kek Kukus Chocolate Lapis Cheese


Tadaaaaa... ni la kek nye.. comel je mcm tuannye..ahahahha.. buat ckit je.. sbb tak ramai yg makan. Kek ni sedap, rasa lemak chocolate dengan masam cheese topping plak dgn cream cheese.. perghhh.. makan laju je.. sedar2 dah 3 biji masuk dalam mulut. First attempt terus menjadi. Resepi campur-campurkan resepi yang ada..ahakksss.. lembut dan tak muak..yummmy!

Resepi chocolate layer di sini ye... klik je.. malas nak taip semula..hahaha

Cheese layer
250gm cream cheese
1 biji telur
65gm gula kastor

Pukul cream cheese dengan gula hingga kembang kemudian masukkan telur. Pukul lagi hingga sebati dan ringan.

Cara masak~ panaskan kukusan dengan api sederhana.. Letak lapis pertama adunan coklat.. masak dalam 15 minit. Kemudian letak lapis kedua, cheese.. masak 15 minit. Dan seterusnya hingga adunan habis. Satu lapis sy guna lebih kurang 2 senduk untuk chocolate dan 1 senduk untuk cheese. Adunan akhir kukus selama 25 minit. Setelah siap.. sejukkan dan hias dengan cream cheese topping dan sprinkle dengan serbuk koko atau MILO ;)




Nasi Tomato Vs Lauk Pauknye...

Salam cuti wilayah...haha..sy ni hari-hari cuti, so bila cuti public mcm ni tak rasa apa pun... before tu nak cakap takziah bagi negeri johor dan pahang yang teruk dilanda banjir... nasib baik rumah ku di johor takde apa2.. Kat Shah Alam ni pun hari-hari hujan terutamanya hari Ahad kelmarin..hujan dari pagi sampai malam.. non stop. Kejap lebat, kejap renyai.. cuaca pun sejuk la sangat sampai lantai rumah pijak pun rasa mcm air batu..huhuu. Okla.. menu ari ni request dari sahabat sy yang ada kat rumah sempena hari lahir buah hatinye.. so masak nasi tomato hari ni dgn kek... hmm... kek apa? haaa....tunggguuuuuu..haha.. Nasi tomato ni mmg faveret sy dan juga adik-beradik sy. Arwah mak memang ratu nasi tomato.. x leh lawan dia punye walaupun resepi sama.. maybe air tangan ibu tu lain macam sikit auranye.. so intai-intai la resepi ye.. mana tau tergerak hati nak mencuba...:)

Nasi Tomato
500gm beras
150 ml susu cair
Air (sama sukatan dengan beras) lebih kurang 3 1/2 cawan
4 sudu besar tomato puri
Daun Pandan
Rempah 4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis dan bunga lawang)
Minyak sapi
Garam secukup rasa


Bahan Kisar
1 1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Panaskan 2 sudu minyak sapi dengan 2 sudu minyak masak. Tumis rempah 4 sekawan bersama dengan daun pandan hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan garing. Kemudian masukkan air, garam dan tomato puri. Biar hingga air mendidih, kemudian masukkan susu dan beras. Kacau rata dan biar hingga mendidih. Kemudian tanak nasi seperti biasa dalam rice cooker. Hidang bersama lauk sampingan.

Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam (goreng dengan kunyit dan garam)
4 sudu besar tomato puri
100ml susu cair
Rempah 4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis dan bunga lawang)
Minyak sapi
Air dan Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
1 1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1 sudu besar serbuk cili atau 6-8 tangkai cili kering

Panaskan 2 sudu minyak sapi dengan 2 sudu minyak masak. Tumis rempah 4 sekawan dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Kemudian masukkan tomato puri dan jika terlalu pekat, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan susu cair dan masak hinga kuah sedikit kering. Hidangkan~


Kurma Kambing
300gm daging kambing
1 cawan santan
1 pkt rempah kurma
1 biji kentang
Rempah 4 sekawan
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang serai

Tumis bahan kisar dan rempah 4 sekawan dengan minyak hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan daging kambing dan gaul sebati. Kemudian masukkan air lebih kurang 2 cawan. Masak daging hingga empuk, kemudian masukkan kentang dan santan. Perasakan dengan garam. Siap!


Acar Timun
1 batang timun
1 batang lobak merah
1 cawan air masak
4 sudu besar cuka
5 sudu besar gula
1 sudu besar garam

Hiris halus dan memanjang timun dan lobak. Kemudian satukan dengan bahan-bahan lain dan perap semalaman. Lagi lama, lagi sedap :)

Jemputla makan ye~

Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)