Friday, January 7, 2011

Talam Seri Muka Pisang

Salam Jumaat... sekejap nya masa berlalu kan... hmm menu ari ni dessert lg. Lunch kitorg makan luar lg hari ni..ahakks.. Ni kukus pg tadi. Sbnarnya nampak kuih ni kat rumah kak Jun , mmg sgt sedap. Lembut dan wangi.. slalu makan seri muka pulut.. ni first time makan seri muka pisang.. Dan nak dijadikan citer, ni gak first time seumur hidup yg dh tua ni, saya buat kuih talam.. Seronoknya bila bawak kuar dari kukus dan yeayyyy!! kuih ku jadi... tgk la ye :)


Neves..neves.. ni br kuar dari kukus.. nampak cantik dr luar.. mcm mana rasa dan teksturnye ye..hmm tak sabar.. cepat la sejuk..

Bawah
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
2 cawan pisang lenyek
1/2 cawan gula
2 sudu kastad

Campurkan semua dan kukus selama 20 minit..

Atas
60gm tepung gandum
100gm gula
250gm santan
50gm jus pandan (sy pakai esen pandan sbb lupa nak beli daun pandan..ahaha)
1/2 sudu tepung jagung
2 biji telur
sedikit garam dan pewarna hijau

Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...



Tadaaaaaa.. Hasilnye.. sgt puas hati tp sebab sy ni buka org yg cermat.. potong pun ala kadar janji sedap masuk mulut ko...hahahah.. mood suka sangat ;)


4 comments:

  1. Salam...Sedapnya Teringin Nak Rasa!

    ReplyDelete
  2. heheh.. mmg sdap kak.. buatnye pun senang..:)

    ReplyDelete
  3. salam ziarah...
    sedapnyer... talam ni...tak pernah makan lagi ni... esok nak beli pisang la... nak wat jugak ...

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya terliur dh ni nk buat x tau la bila ...hmmm mkn kat sini dulula.. ada lagi ke?..hehe

    ReplyDelete

Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)