Thursday, December 2, 2010

Iris Kitchen dan PROMO DEC 2010




Salam semua, skjap saja 2010 akan melabuhkan tirainye.. Banyak perkara yang berlaku dalam tahun ini. Saya sendiri tidak pernah terpikir akan terjebak dalam bisnes ni walaupun memang minat memasak dan membakar kuih sejak sekolah lagi. Sejarah Iris Kitchen bermula dengan nama Iris Cuppies pada bulan May 2010. Kenapa Iris? Siapa Iris? Sbnarnye saya sgt sukakan bunga Iris dan teringin sekiranya dapat seorang lagi anak perempuan, saya akan namakan Iris (berangan la ni.hehe). Jadi, saya abadikan nama Iris ni sebagai koleksi saya.

Membuat kek dan biskut memang merupakan kegemaran saya dari zaman sekolah, mungkin kerana selalu lihat emak saya di dapur. Beliau sangat suka dan rajin memasak serta sentiasa ada saje resepi yang dicubanya untuk kami adik beradik. Sekarang, legasi itu diteruskan oleh saya. emak meninggal dunia pada tahun 2008, maka saya la pengganti bagi adik beradik saya sekiranya mereka teringin rasa masakan seperti emak.. mungkin tak sama tapi kenangan tu ada.

Sebelum ni saya hanya bertumpu kepada perniagaan di Facebook, namun saya lihat facebook agak terhad. Sangat bagus untuk meluaskan kenalan namun agak terhad untuk saya berkongsi pengalaman dan resepi serta meluahkan pendapat. Jadi saya cari alternatif membuat blog. Smuanya saya belajar sendiri (nasib baik memang saya minat dalam komputer juga..) Dari sini, sayap Iris Cuppies makin berkembang dan rebranding nama kepada Iris Kitchen. Saya bersyukur sangat terutamanya pada kawan-kawan baik yang sentiasa ada bersama saya.

Melalui blog ini juga rangkaian kenalan saya semakin luas. Saya mula mengenali blogger2 tersohor terutamanya dalam bidang masakan seperti Cik Mat Gebu , Mama Fami , Ellie , kak jun dan ramai lagi. Network saya sedang berkembang dan saya sangat seronok. Melihat blog-blog diorang yang sentiasa update, berkongsi maklumat dan resepi, sama-sama mencari rezeki membuatkan saya rasa diri ini tak keseorangan. Saya ada sahabat seluruh dunia ;). Semoga pertalian ini memberi rahmat kepada kita semua.

Panjang lebar pula saya bercerita, bukan apa.. selalu sahaja cerita pasal kek dan makanan.. hari ini tergerak nak tulis yang lain. Lagipun ini legasi saya untuk anak saya. Andai kata saya pergi selamanya, sekurang2nya anak saya dapat membaca dan terkenangkan saya pada bila-bila masa dan tahu ibunya sentiasa ada di hatinya.

Mengenai PROMO untuk bulan Disember ini selepas mendapat sambutan promo cuppies bulan November ari tu. Ianya sebagai penghargaan kepada kenalan dan pelanggan saya dan juga sebagai satu langkah promosi untuk saya memantapkan lagi Iris Kitchen. saya menawarkan set untuk promo kali ini.

COMBO SET 1 (CUPPIES 30 PCS + CAKE /1 TIER~ CREAM) 
= RM 100
COMBO SET 2 (CUPPIES 30 PCS + CAKE / 1 TIER~ FONDANT) = RM130
COMBO SET 3 (CUPPIES 150 PCS (FREE CAKE / 1 TIER~ CREAM) = RM300

Tapi setiap offer ada syaratnye. 
Jenis cake = vanilla, choc, strawberry dan orange.
Cream = Buttercream / Choc Ganache
Sugar Flower = Roses dan Calla Lily
Size 7"
Tambahan RM10 jika inginkan casing dome container for cuppies.

Offer hingga 1st January 2010 pukul 0000..hehehe..

Ok la smua.. Again, thank you for the support and please always support me.. coz i need you! Mmmuah...


No comments:

Post a Comment

Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)