Friday, December 3, 2010

Masak Lemak Cili Api Udang Daun Pegaga

Salam Jumaat, penghulu segala hari... Alhamdulillah masih bernyawa lagi dan baru lepas makan tengahari. Hari ni agak kengangtukan sikit sebab semalam tidur lewat membuat bunga gula (sugar flower) untuk tempahan kek kahwin. Hujung tahun ni ramai sungguh mendirikan rumahtangga. Saya pun tumpang gembira dan seronok. Terimbas semula perasaan semasa nikah dahulu..hahaha.. Sebab tu memenuhi jemputan perkahwinan adalah perkara yang paling saya seronok dan suka untuk memenuhi jemputan walaupun jauh. So klau ada yang nak jemput saya, dengan berbesar hati dan tangan terbuka saya menerimanya (erkk...tak malu sungguh ;))

Oklah berbalik resepi ari ni, mata pun tak berapa buka sangat (ngantuk) jadi masak ala kadar je la ye. Masak lemak cili api memang tak leh berpisah ngan saya. dalam seminggu pasti sekali saya masak lauk ni. Tak kira dgn ikan atau ayam atau pun makanan laut.. sentiasa membuka selera.


Udang 500gm
Bawang besar 1 biji
Cili padi 8 biji
Kunyit 2 inci
Santan 1 cawan
Daun Pegaga 1 ikat
Garam secukup rasa


Bersihkan udang dan tos. Kisar bawang besar, cili api dan kunyit. Masukkan dalam periuk bersama dengan santan dan garam. Panaskan hingga sedikit mendidih, masukkan udang dan daun pegaga. Saya masukkan sekali sebab udang tak perlu masak lama kerana nanti dagingnya liat. Masak lebih kurang 2 minit dan tutup api. Bolelah makan dengan nasi panas-panas ye..

No comments:

Post a Comment

Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)