Saturday, January 1, 2011

Sambal Kicap Daging dan Selamat Datang 2011

SELAMAT TAHUN BARU semua.. Blog pun bersemangat kuda belang gitu..ahahaha.. Mood yang ceria terutamanya dapurku dah berasap kembali..hahahaha.. Soalan standard tahun baru > Apa azam anda tahun ni? hehehehe... Sy tak mau letak azam.. cuma berharap tahun ni pelangi bersinar dalam hidup saya dan lebih baik dari tahun lepas. Segala suka dan duka terutamanya duka tahun lepas, biarla tersimpan dalam stor buruk je.. tak mau dikenang kembali. Saya doakan kawan-kawan saya dikurniakan tubuh badan yang sihat, umur yang panjang dan rezeki yang murah.. Aminnn.

Oleh kerana ari ni dapurku berasap smula setelah 2 minggu tak masak..ahakks.. terasa nak makan daging, tp tekak terasa muak nak makan bersantan ari ni.. so masaklah sambal kicap daging ni.. Plan asal nak buat Blackpepper daging.. skali ku selongkar dapur, stok blackpepper ku habis daaa.. so ubah menu last minit..huuu.. takpe ni pun layan gak..


Daging Batang Pinang 300gm (hiris nipis)
Kentang (hiris nipis)
Lobak Merah (potong dadu)
6 sudu kicap manis
2 sudu sos tomato
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
5-8 tangkai cili kering
1 inci halia


Tumis bahan kisar sampai wangi dan garing. Masukkan air dan daging. Letak garam, kicap dan sos tomato sekali. Masak daging sampai empuk dan kuah separuh kering, masukkan kentang dan lobak merah. Masak hingga kering dan dimakan dengan nasi panas... Senang dan mudah ;)


No comments:

Post a Comment

Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)