Thursday, December 2, 2010

Sambal Goreng Kaki Ayam

Wahhh... sejuk je ari ni..hujan. Rasa mcm nak duduk bawah selimut sepanjang hari..ahahaha.. Lapar pulak. Saya memang suka makan kaki ayam. Masa kecik tak suka, tp sorang kawan saya yang ajar. Fuhh..layan gak.Kruk..kraakk..kruuk..krakk bunyi bile gigit tulang-tulang tu..mm..yummy. Selalu saya buat sup, tp hari ni tergerak lak nak campur dalam sambal goreng saya. Sila la layan ye ;)


Utk 2-3 orang makan

Kaki ayam 300gm
Tauhu 2 keping
Tempe 1 keping (besar, klau kecik pakai 2)
Kentang 1 biji
Tauhu Kering 2 keping (patah-patahkan dan rendam dalam air)
Bawang besar 1 biji
Bawang Putih 1 biji
Serbuk Cili 2 sudu
Kicap manis 8 sudu


Rebus kaki ayam sampai empuk dengan sedikit garam. Potong kecil-kecil kentang, tempe dan tauhu. Goreng dan ketepikan. Hiris bawang besar dan bawang putih. Tumis sekali dengan serbuk cili. Bila sudah naik bau, masukkan kicap. Kemudian masukkan kaki ayam dan segala bahan yang telah digoreng tadi. Kacau sebati perasakan garam. Masukkan tauhu kering yang telah direndam dan kacau hingga kering. Done!


2 comments:

  1. sedap2!! Siti pun suka makan kaki ayam.. ^^

    ReplyDelete
  2. hehehe.. klau kena kerabu kaki ayam lagi best kot kan.. ;) tq for visiting and comment..

    ReplyDelete

Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)