Tuesday, November 30, 2010

Mee Goreng

Slam.. hari ni mood biasa2 je.. minggu ni ntah kenapa malas betul nak makan nasi.. tekak rasa mcm nak makan mi je.. Kebetulan mee ari tu ada lebih, so goreng kan je la. Layan gak, saje buat tak pedas sebab nak bagi si kecik skali makan...



Untuk 3-4 orang makan

Mee kuning 500gm
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 biji
Serbuk cili 1 sudu besar (kalau suka pedas, tambah la ye)
Kicap manis 2 sudu
Sos tomato 1 sudu
Sos cili 1 sudu
Telur 1-2 biji (ikut selera, saya pakai 1 je)
Garam
Kerang
Fishball
Udang
Taugeh
Sawi
Daun kucai


Hiris bawang besar dan bawang putih, kemudian tumis dengan cili kisar sekali hingga naik bau. Kemudian masukkan smua sos di atas serta garam dan kicap, kacau dan masukkan fishball, udang, dan kerang. Bila smua dah sebati, masukkan mee dan sayur. Gaul dan akhir skali masukkan telur dan masak hingga kering (ala-ala mamak). Siap dan senang..


Tart Nenas

Lepas habis baking tadi.. still ada mood nak baking lagi. Rasa macam nak menge"tat" plak.. hikkss.. lain macam plak bunyi dia. Masa raya ari tu tak puas makan tat, kbetulan inti mmg ada. Makan tat memang mengasyikkan.. tau-tau dah setengah balang..ahakss. My husband tak suka, tp si kecik ni pun taste mcm saya, sgt suka tat nenas. Resepi ni dari mak lang saya.. dia punye tat mmg tak leh lawan (ikut tekak saya la..hahah)


Ni dpt dlm 50 pcs..

Inti 
1 bij nenas
2 helai daun pandan
2-3 cawan gula (ikut selera klau tak suka manis kurangkan, klau suka manis tambah)
Esen Vanilla

Parut nenas dan tapis (tak mau air masamnye, tp jgn perah, just tapis) Masukkan dalam kuali atau periuk, masukkan gula, daun pandan dan esen vanilla. Masak inti sampai pekat. Ketepikan.

Tart
250gm Butter
1 biji telur kuning
Tepung gandum
1 sudu gula
1 sudu  kecil vanillin atau esen vanilla pun bole

Pukul butter dgn gula sekejap. Masukkan telur dan pukul lagi. Jgn terlalu lama. Masukkan tepung dan vanillin. Saya tak letak sukatan tepung sebab saya masukkan tepung dalam adunan hingga adunan tak melekit dan bole dibentuk. Gula memang sikit sebab inti dah manis. Terap ikut acuan dan letak inti. Bakar 170degree selama 10-15 minit.

Peace~

Saturday, November 27, 2010

Mee Kari dan "HORMAT?"

Helooo.. salam sabtu ye.. masak apa ari ni eh? wah..wah..wah.. celik mata je pkir pasal makan kan..:D Mood ari ni sedang-sedang je.. pagi2 dah berkejar ke pejabat pengurusan kondo, bayar bil air dgn pengurusan intercom. Harap2 dengan ada intercom ni, security makin meningkat kat cni..huuhu.. Banyak tul penjenayah skarang ni.

Sbelum kita citer bab makan, ni nak share ckit pasal 'hormat'. Subjek mmg biasa dengar, tapi betul ke kita praktikkan. Apa maksud hormat? Bukan apa, pagi2 tadi lagi dah ada drama kat atm machine, petrol pam. Sorang nenek dgn cucu remaja perempuan. Beratur depan saya. Si nenek nak kluarkan duit, dua tiga kali cuba masukkan kad, tp kad kluar balik. Si cucu "nek, cepat la.. nanti lambat".. Saya diam je la..Bila tgk dah banyak kali masukkan kad tak bole, saya cuba tolong "makcik, kad tu terbalik, cip patut kat depan".

Dengan tak semena-mena, si cucu jeling saya. Nenek pusingkan kad dan cuba ikut cakap saya, tiba-tiba si cucu kata dengan suara yang tinggi "salah la ni nek, ni pun tak tau" sambil terbalikkan kad tu atas bawah pula. Stripe hitam kat atas plak. At last, kad tu kena telan. Nenek tu kata "la, apsal tak ikut ckp kakak tu td.." Si cucu " nenek la ni, benda senang mcm ni pun tak tau.. menyusahkan orang betul" sambil berlalu kluar. Nenek pegi mengadu kat kaunter pasal kad kena telan. Saya terkedu kjap.. Kesian kat makcik tu, dalam hati berkata ada juga manusia mcm ni ye. Dah la bodoh, sombong pulak tu. Mana pegi rasa hormat? Adakah sebab kita sentiasa bersama melayakkan kita bercakap mcm tu? Dalam keadaan mcm tu nak je rasa tampar mulut budak tu, tapi siapa la kita nak mengajar orang..huhu.. tp rasa sedih pun ada.

Penah terbaca artikel, kalau kita terlanggar orang, kita akan minta maaf... betul tak? Tapi bila kita terlanggar anak or adik beradik or ibu bapa kita, kita marah dia lagi.. kata "tak nampak ke?" atau "jangan la sibuk" atau "nape duduk sini, orang nak jalan pun susah" atau "ala mak ni, biarla.." Kenapa dengan orang kita bole bersopan dan cuba menjaga air muka, tetapi sebaliknye kita berkasar atau tidak meminta maaf dengan orang yang kita sayang... hmm.. entahla.. renungkan la ye ;)

Ok berbalik pada menu kita ari ni.. takde mood nak makan nasi la. Makan mee je ari ni ye.. Sedap makan dengan kerang dan udang.. yummy!


Utk makan 2-3 orang

Mee kuning 500gm
Bawang besar 1 biji
Bawang Putih 2 biji
Halia 1 inci
Udang Kering 2 sudu kecil
Belacan 1 inci
Rempah kari 3 sudu besar
Santan 1 cawan
Serai 1 batang - titik
Minyak dan garam secukup rasa
Tauhu pok 1 pkt
Fish Ball
Tauge
Kerang (rebus dan kopek)
Udang (rebus dan simpan air rebusannye)
Limau
Telur 3 biji (rebus)

Sambal
Cili Kering 10-15 biji
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 1 biji
Udang Kering 1 sudu
Garam dan Gula secukupnya

Kisar bawang besar, bawang putih, halia, udang kering dan belacan. Tumis bahan kisar bersama serai dan serbuk kari. Masukkan garam. Tumis sehingga naik bau dan garing, masukkan air rebusan udang dan tunggu hingga mendidih. Masukkan tauhu pok dan fish ball. Masukkan santan dan tunggu hingga masak.

Sambal ~ Kisar dan tumis sehingga garing dan kering. Jangan lupa masukkan garam dan gula ye. Sambal ni sedikit manis agar seimbang dengan rasa lemak kuah mee kari tu.

Hidang dengan kerang, udang, telur dan limau.. Siap!!


Friday, November 26, 2010

Order dr Eida Zuraini, Roziana dan Tunang, Rody ;)

Quite a busy week.. kluar pi kedai ari2.. ada je barang tak cukup..ahakss. Walaupun dah siap buat list, mesti ada je tertinggal, banyak makan semut kot huhuhu.. Untuk pertama kali, saya rasa dah tak bole makan kek coklat.. tgk pun tak bole.. muak dah..huhu.. 2 kek coklat, satu brownies, 100 choc cuppies betul2 membuatkan saya muak. Tapi syukur pada Allah sebab dapat siapkan order ni on time walaupun ada sedikit masalah remeh temeh..ngeh ngeh ngeh..

Eida order for adiknye bertunang.. yang ni hampir buatku menangis bila ada crack sikit, tp cuba cool nasib baik leh cover ngan corak-corak kat tepi tu.. ;) ni lah hasilnye.. Dalam tu Choc Moist Cake..


Selamat Bertunang untuk Rozy dan Rody, semoga ikatan pertunangan kekal hingga ke jinjang pelamin. Hadapi dugaan bertunang dengan bijak ye dik, darah manis tu... TQ so much for all your orders..mmuah..
Dalamnye Choc Blueberry Cake.. special request :)


Choc Cheese Brownies, cuma kali ni nak kan kelainan, rozy minta bentuk love shape.. Tak tau dah nak decorate camne..ekekeke.. jadi la ye sis..


Choc Cuppies ni ada cerita di sebaliknye. Oleh kerana rozy dah order banyak, so kita pun baik hati la nak bagi paper yang cantik sikit wat dia, tp bila kek dah masak, rupenya tak berapa cantik bila berada dalam cup ni (huhu..sorry sis) So atasnye top with choc buttercream dan fondant initial 2R for Rozy dan Rody. Harap rozy tak marah akak ye.. :)

Tahniah sekali lagi kepada kedua pasangan yang in love ini dan juga their loving sister merangkap my old friend during high school Eida Zuraini.. thanx a lot for your support.

Yang ni order dr Suzana for hubby sempena their anniversary.. thank you friend and may ur marriage last forever and happy always :)




Wednesday, November 24, 2010

Easy Lasagna

Hi all.. waaa.. sgt2 penat dan tak berapa sihat 2 hari ni... campur pulak dengan bulan mengambang..ahakkss.. opps.. hari ni busy membakar kek dari pagi td.. nak makan nasi pun takde mood. Jadi mat salleh kita ari ni ye.. :) Lasagna ni paling senang sebab smua nye dtg dari tin..ekekeke.. tp bukan yang segera punye eh.. dh penah beli tapi tak sedap. Cuba tgk ni gmbr ni.. bagi bakar line dulu...muahahahahaha

Ha.. kalau terliur, apa lagi.. cuba la masak..senang je..

Untuk 2-3 orang

200gm daging kisar
1 tin tomato sauce (traditional)
1 tin carbonara sauce
1 tin cendawan butang
1 cawan mozarella cheese
5-6 keping pasta lasagna (instant)
2 biji bawang putih
1 biji bawang merah
tgk la kat gambar ni kalau tak faham apa sy tulis ye..

Potong dadu bawang merah dan bawang putih. Panaskan 1 sudu minyak dan tumis kedua-dua bawang sampai sedikit layu, masukkan cendawan butang yang dipotong dadu juga. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau, kemudian masukkan sos tomato satu tin. Masukkan sikit air, lebih kurang 2 sudu. Rasa garam, kalau suka masin tambah la (sebab sos tu mmg dah masin tp tak kuat). Bila kuah dah pekat, tutup api dan angkat.


Ambil mangkuk kaserol atau loyang yang tahan panas, aluminium case pun bole.. mula-mula letak satu lapis sos tomato, kemudian letak kepingan lasagna atas sos, letak sos tomato lagi, kemudian sos carbonara kemudian tabur sedikit cheese. Lapis dan ulang proses tadi, dapat dalam 3 lapis (saya punya bekas la..hehe) atas sekali mesti sos dan cheese (lagi sedap kalau cheese banyak..nyum..nyum)

Then bakar 180 c selama 40-45 minit. Biarkan sejuk lebih kurang 5-10 minit baru potong utk makan.. kang lecur lidah... selamat mencuba...ngehngehngeh..

 dah siap!

:)

Kalau agak-agak rasa malas nak buat.. meh la oder ngan saya..hikkss.. kita kira per head... calling2 me ok..


Sunday, November 21, 2010

Pajeri Nenas

Lauk ni walaupun simple tapi menjadi kesukaan saya sejak dulu lagi. Paling suka kalau makan ngan nasi putih di lawankan dengan sambal tumis sotong.. pergghh.. memang makan 3 kali tambah. Arwah mak slalu masakkan untuk saya kalau balik jb, skrg ni kena la buat sendiri, hehehe biar anak sendiri pulak terkenang-kenangkan kita.


Nenas 1 biji
Kayu manis
Bunga Lawang
Minyak 2 sudu
Bawang Merah 1 biji
Bawang putih 1 biji
Garam
Gula
Air 1 cawan
Cili Merah (hiasan)

Rebus nenas kemudian tos dan buang air masam nenas. Tumis kayu manis, bunga lawang, bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Tambah air dan masukkan garam dan gula. Masukkan nenas dan cili merah. Masak hingga menggelegak. Siap.. (info: lauk ni memang manis, jadi jangan kedekut gula ye..;))


Sambal Serai Udang

Baru dua ari lepas dah buat sambal tumis, so ari ni ubah sikit sebab susu cair masak nasi tadi ada berbaki.. so dari membazir basi dalam esbox, masukkan la dalam lauk. Senang je masaknye, bole la cuba buat tambah koleksi yang ada..;)



Udang sederhana 400gm
Cili Kering 8-10 biji
Belacan 1 sudu
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 1 biji
Serai 1 batang
Susu Cair Ideal 1/2 cawan
Asam keping 2 kpg
Garam secukup rasa


Kisar belacan, bawang besar, bawang putih, cili kering dan serai. Tumis semua bahan kisar dan asam keping sehingga wangi dan garing. Masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula. Setelah sebati masukkan susu cair dan masak hingga kering. Done! ;)


Nasi Daging Kaler Kaler

Salam Ahad... fuhh.. ari ni ari yang ceria.. so mood pun ceria sangat.. td kat kawasan rumah ada buat pot luck..happening giler, siap pasang lagu poco poco..ekekeke.. Nice neighborhood environment. Nak masak apa ari ni eh.. menung2 sambil mencangkung depan esbox (jgn tiru aksi berbahaya..hehehe) nampak daging korban ada dlm esbox so mula la pikir nak masak apa.. boring la pulak masak rempah-rempah.. ni rasa muak pulak makan santan... so jadi la nasi daging kaler kaler...ekekeke.. sbnarnya resepi asal xde kaler.. saje je sebab mood ceria, nasi pun jadi ceria..hahaha.. cuba la tengok2 ye mana tau akan berjangkit mood ceria kat korang pulak. Lawannye saya buat Sambal Serai Udang dan Pajeri Nenas.. Jadilah.. syukur, dah selamat dalam perut.



Ni menu lengkap ari ni.. mcm kenduri kawin plak kat rumah den ari nih..hahaha.. jemput makan.. sila lah.. :D


Nasi Daging Kaler Kaler
(untuk 3-4 orang makan)

Beras Basmathi 2 cawan
Daging 300gm (bahagian lembut, kalau bole batang pinang)
- Rebus sampai empuk dan simpan 2 cawan air stok rebusan daging
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga)
Daun Pandan 2-3 helai
Minyak sapi 2 sudu besar
Susu cair Ideal 1/2 tin
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 3 biji
Halia 2 inci
Garam secukup rasa
Perwarna Merah
Perwarna Hijau

Basuh dan rendam beras basmathi 20 min kemudian tos dan ketepikan. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak sapi dengan 1 sudu minyak masak biasa. Masukkan rempah 4 sekawan dengan daun pandan, hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan tumis sebentar. Masukkan susu cair dan stok rebusan daging. Kacau dan masukkan garam. Kemudian masukkan daging dan beras. Tanak nasi hingga masak. Apabila nasi hampir masak, masukkan perwarna yang dicampur dengan sedikit air panas (dlm 2 sudu) dan curah atas nasi. Biarkan nasi hingga kering.. dan walllaaa..siap weii...muahahahah


Inilah hasilnye...





Saturday, November 20, 2010

Moist Chocolate Cake

Slamat malam.. petang tadi tetiba tekak rasa nak makan choc moist cake... so kebetulan semalam baru beli barang-barang kek untuk tempahan minggu depan.. apa lagi.. bersilat la kat dapur..heheh.. resepi ni dapat dari k.nor, myresepi.. memang sedap.. very moist dan yummy!

 Gebu kan kek ku..hehehe.. belum make up lagi..

250gm butter
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
4 biji telur
1 cawan susu segar
1 1/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
3/4 cawan koko
sedikit esen vanilla

Panaskan air kukusan dahulu. Griskan loyang dengan sedikit butter atu shortening. Pukul butter dgn gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu hingga sebati. Masukkan tepung, susu dan koko selang seli , gaul secara kaup balik sehingga semua bercampur sebati. Masukkan dalam loyang , tutup loyang dengan aluminium foil atau plastik wrap (ikat ngan tali rafia) dan kukus selama 1 1/2 jam (saya guna loyang 7", bole juga 9".. terpulang)



Hah.. terliur tak? ekekekek.. ni keja org malas.. nampak tu topping melimpah-limpah.. saje tak tunggu kek sejuk sebab dah tak sabar nak makan.. ahakks..gelojoh kan...

Choc Ganache
150gm Choc masakan
1 sudu susu pekat
1/4 air panas
1 sudu butter

Cairkan guna double boil semua kecuali butter. Bila dah cair baru masukkan butter untuk tambah kilat. (Sy guna microwave oven..hikss)




sangat gebu dan sedap kek ni... sila la buat ye..hehehe.. kalau malas nak buat.. meh order je ngan saya.. RM40 je sebiji...

antara gambar yang penah oder..



ok...selamat malam dan insya Allah esok kita bersua lagi di alam maya..hahahaha..mmmuahhh!!!


Ayam Bali

Ayam Bali ni tak tau la betul ke asal dari Bali.. hehehe.. yang pasti saya sangat sukakannye... resepi arwah mak... Hari ni masak satu lauk je sebab minggu mengemas rumah. Tak larat nak masak banyak-banyak lauk. Yang buat penat si kecik ni la, kita kemas dalam bilik, dia kemas kat luar.. bila kita keluar, dia masuk dalam bilik pulak.. haiyooo.. macam main kejar-kejar... Perut pun jadi lapar..ahakks.. Sambal belacan kuini semalam pun masih ada berbaki lagi, potong lagi sebiji buah kuini, goreng telur dadar.. makan dengan nasi panas-panas.. fuhhh...




Untuk 2-3 orang makan

Ayam  (saya guna 2 whole leg, bila potong dapat la 4 keping)
- letak serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak
Kulit kayu manis 1 btg
Buah pelaga 2-3 biji
Bunga Cengkih 3-4 biji
Bunga Lawang 1 biji (pcah-pecahkan)
Bawang besar 2 biji (kisar)
Bawang putih 2 biji (kisar)
Halia 1 inci (kisar)
Cili Kering 10 biji (kisar)
Rempah kari 2 sudu besar
Serai 1 btg (titik)
Daun Kari (2 tangkai)
Kicap manis
Garam secukup rasa

Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan dan serai. Kemudian masukkan bahan kisar, daun kari dan serbuk kari. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan kicap manis sehingga lauk agak hitam lebih kurang 4-5 sudu. Jangan lupa garam ye.Masukkan ayam ang telah digoreng. Masak hingga kering. Jika sukakan berkuah, tak perlulah tunggu hingga kering ;) daaaa.. enjoy!


Friday, November 19, 2010

Sambal Belacan Kuini

Pernah makan buah kuini tak? Rasanya seakan mangga, tapi mempunyai bau yang unik dan harum. Sedikit bersabut teksturnya, jika masak sangat manis rasanya. Depan rumah arwah mak, ada tanam sebatang pokok ni. Berbuah setahun sekali. Kalau ikut petua orang tua, buah kuini jangan buat sambal belacan nanti buah berulat. Tp takpe sebab buah ni saya beli, bukan pokok sendiri..ekekeke..




Cili Merah 4 biji
Cili padi 5 biji
Belacan
Garam
Kuini 1 biji

Bakar belacan sampai wangi. Tumbuk belacan, cili merah, cili padi, garam dan sedikit hirisan buah kuini. Jangan habiskan. Tumbuk sampai lumat (kalau malas, masuk blender kering mcm saya..ekekeke). Kemudian hiris baki buah kuini dan hidang bersama sambal.


Masak Lemak Pucuk Labu

Jumpa pulak pucuk labu ni kat pasaraya. Selalu susah nak cari.. kena pegi pasar besar. Pucuk ni rasa dia lemak dan sedap.. seakan-akan sayur bayam.. (untuk yang tak pernah makan la ye..)hehehe


Satu ikat Pucuk Labu
1/2 biji bawang besar (tumbuk)
1 biji bawang putih (tumbuk)
1 sudu ikan bilis (tumbuk)
1 cawan santan
1/2 helai daun kunyit
Garam secukup rasa

Masukkan santan, bahan tumbuk dan daun kunyit ke dalam periuk. Jika santan terlalu pekat tambahkan sedikit air. Panaskan sehingga mendidih. Masukkan sayur pucuk labu dan garam. Biarkan sehingga masak. Kacau sekali sekala agar santan tidak terbit minyak.


Sambal Telur Puyuh

Hari ni masak simple tapi sedap dan kenyang.. Tadi  pegi beli barang-barang untuk tempahan kek, nampak pulak telur puyuh ni.. rasa macam dah lama tak makan.. mmm.. sedapnye kalau buat sambal. Jumpa pulak bua kuini, terus terpikir nak buat sambal belacan pastu lawan kan dengan masak lemak pucuk labu.. Layan la ye.. tak berapa nak sihat perut ni.. meragam dari malam tadi..huhuuu..


Untuk makan 2 orang ye..

Telur puyuh (satu box 20 pcs)
Bawang besar 2 biji (kisar)
Cili kering 10-15 biji (kisar) ikut selera sendiri ye
Belacan 1 inci
Bawang merah (hiris kasar)
Air asam jawa (2 sudu)
Garam
Gula

Rebus telur sampai masak, kopek dan ketepikan. Kisar bawang besar, cili kering dan belacan. Tumis bahan kisar hingga garing. Masuk air asam, garam dan gula. Masukkan telur dan bawang merah. Masak hingga kering.


Monday, November 15, 2010

Nasi Ayam Mama

Salam Isnin semua.. masak apa ari ni? Saya pun dah tak tau nak masak apa.. balik-balik masa lauk yang sama.. so ari ni terlebih rajin buat la nasi ayam.. Resepi ni dari maklang saya..  dan juga credit to Eyna Hafeey juga.. (Actually Eyna, nak wat pengakuan ni.. masa ko bg resepi ayam tu, sama rupenye dgn resepi yang aku ada...ekekeke) tp still the credit goes to you sebab ayam ni memang sedap... sekor pun aku leh makan..hehe


Meh kita blajar buat Nasi, Sup dan Cili dulu ye...
(ni utk 4 org makan)

Nasi
Beras Siam Wangi 3 cawan (basuh dan tos)
Stok ayam 2 cawan (saya pakai sup ayam je)
Halia 2 cm (kisar)
Bawang Putih 3 ulas (kisar)
Daun Pandan 2-3 helai
Minyak sapi
Garam secukup rasa

Panaskan 2 sudu minyak sapi bersama dengan 1 sudu minyak masak biasa. Tumis daun pandan dan bahan kisar. Sampai naik bau, jgn sampai hangit ye.. Masukkan stok ayam tadi.. sukatan cawan yang digunakan sama dengan sukatan beras.. didihkan kemudian masukkan sikit garam dan beras.. Jangan banyak garam sebab sup td dah masin.. kalau tak kuat masin, tak payah masuk garam ye. Kacau sedikit dan kemudian alihkan periuk ke rice cooker dan masak..

Sos Cili
Cili Merah 6 biji
Tomato 2 biji
1 sudu cuka makan
Garam
Gula
Air Masak lebih kurang 2 sudu

Kisar semua sampai hancur.. Garam ngan gula ikut selera sendiri ye..

Sup Ayam
Ayam 500gm ( Saya suka bahagian whole leg, 2 keping)
Rempah Sup Bunjut
Halia 2 cm (kisar)
Bawang besar 1 biji (kisar)
Bawang Putih 2 ulas (kisar)
Air secukupnya (sampai tutup ayam)
Garam secukup rasa

Masukkan semua bahan dalam periuk. Reneh sampai ayam masak. Resepi ini tidak ditumis kerana ayam akan keluarkan minyak nye sendiri ye.. makanan sihat la katakan..ekekeke



Ayam 
Ayam dari sup
1 sudu sos tiram
5 sudu kicap manis
Minyak masak

Ayam yang telah dibuat sup, keluarkan. Letak dalam mangkuk, perap dengan kicap manis dan sos tiram. Pastikan semua bahagian diselaputi ngan bahan perapan. Simpan untuk 10-15 minit. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga nampak garing. Api jangan besar, sebab kicap akan jd karamel dan menyebabkan dia hangus cepat. Tak perlu masak lama, sebab ayam memang dah masak.



Ini lah hasilnye...hehehe.. Nasi ayam ni memang best.. (puji diri sendiri) ekekeke.. sebab nak buat tak remeh dan taste very yummy. Cuba la ye.. sgt recommend.

Kalau sapa-sapa rasa malas nak masak, order je ngan saya..hikkss.. per pax RM4 je.. min 10pax.. :) ok la.. All the best!


Sunday, November 14, 2010

Class Fondant 14Nov 2010

Salam.. hari ni saya menghadiri kelas fondant yang dibuat oleh de'heart (bake & deco) di Bangi. Saya ni bukannya mempunyai latarbelakang bakery.. smuanya kerana minat, jadi saya join kelas ini untuk tajamkan lagi skill, tak salah kan klau tambah ilmu..The class was fun! itu yang saya bole cakap.. mula-mula memang nerves.. tapi lama-lama ok dah.. tgkla hasil tangan kitorang yang amatur ni... Ellie mmg banyak membantu, it hand on class dan pakai kek betul.. not dummy! sape-sape nak join class ellie bole klik here ... reasonable price and very friendly tutor.. ;) Meh la tgk gambar, ckp banyak pun x guna..ekeke...

yg ni kita buat..tepi tu pakai edible image.. cantik tak? hehehe..

K.affah

K.Ayu 

 K.Azizah

Ni lah hasil smua.. Klau nak order, bgtau la nak design mcm mana.. klau nak yang lain dr ni pun bole... just let  me know k.. Price depends on design, size and weight of the cakes... ;)





Bachelor Grill Sandwich

Hari ni tak masak lagi sebab banyak keja luar..huhu.. Tghari td 'masak' kat kedai je.. ;P ..Actually grill sandwich ni orang makan waktu breakfast, tp sbb tgh malam ni rasa pedih perut pulak.. so mula la membongkar dapur.. Nampak roti, bole gak layan sambil wat keja depan komputer.. Namanye bachelor, sebab masa bujang dulu slalu buat benda alah ni... tp skrg dh kawen.. Mcm x sedap la pulak jd Married Grill Sandwich.. hehehe.. Takde la spesel sgt sandwich ni, tp saya suka sebab sedap dan ringkas. Just sharing, bole gak korang tambah bahan kudap-kudap.. erk? mcm pelik je ayat ku itu..


Bila-bila je korang bole buat.. nak seribu daya kan..;)

Roti Hotdog
Cheese 2 keping
Chicken Ham slice 1 keping (Ada jual kat giant, klau nak pakai turkey pun sedap, saya slalu tukar-tukar gak)
Sedikit Butter

Belah roti melintang tepi, sapu butter. Bakar atas pan sampai kekuningan. Letak atas pinggan, susun cheese ngan chicken ham. Tutup roti, kemudian letak semula atas pan. Sepanjang masak, tekan roti kuat (saya pakai belakang sudip je) Balik-balikkan ye.. Bila nampak cheese dh cair sikit, angkat.. Sedap makan panas-panas.. masa tengah garing.. yes! Jemput makan ye...


Friday, November 12, 2010

Order Pn Mastura dari Tmn Dato Harun

Sempena ulangtahun perkahwinan (alamak lupa nak tanya yg ke berapa), Pn Mastura hadiahkan kepada encik Suami.. sian dia, anak pulak demam ari ni. She's very nice person. Thank you for the order, and may your marriage happily ever after..


Yang ni small set.. One dozen cake pop RM50 je...


Murtabak Mee Segera

Hari ni tak sempat masak.. banyak urusan luar.. lunch makan Burger King je..hikks.. Tp bile petang-petang ni rasa lapar la pulak. apa lagi jd tikus kepala hitam selongkar dapur la.. Jumpa stok maggi yang dah lama tak usik.. Terus teringat nak buat murtabak.. dulu masa sekolah rajin la buat nih.. senang je buatnye.. sedap sangat :)


Satu bungkus mee segera (any brand) klau nak sedap perasa kari atau tomyam
Daun sup dan daun bawang (hiris halus, agak-agak la ye)
Daging kisar (tapi tadi sy tak letak, guna apa yang ada..hehe)
1 biji bawang besar (potong dadu halus)
2 biji telur

Celur mee segera dengan air panas (kalau pakai air sejuk, esok baru dapat makan..ekekeke.. wat lawak plak) sementara tu pukul telur 2 biji tu, kemudian masukkan perencah mee segera dalam bancuhan telur. Jangan masuk garam, sebab perencah memang dah masin. Masukkan daging, bawang dan daun sup dan daun bawang. gaul sebati. Bila mee dah kembang elok, campurkan bancuhan telur tadi ke dalam mee. Gaul rata. Tuang adunan atas kuali leper (kuali lengkong pun bole :)..) Minyak jgn banyak.. Api jangan besar ye.. masak sampai kekuningan, lagi sedap klau ada garing-garing sikit.. Dah siap, makan la dengan cili sos.. Layanzzz


Thursday, November 11, 2010

Begedil Daging Spesel

Heheh.. saje je bagi gempak letak nama begedil daging spesel.. Ni resepi arwah mak juga.. mr Hubby favorite.. Sedap makan ngan lontong atau soto, sedap juga makan ngan nasi sebagai makanan sampingan, sedap juga makan mcm tu aje..ratah le apa lagi...



Dapat dalam 14 biji (saiz medium)

Kentang 5 biji (rebus dan tos)
Daging / Ayam Kisar (saya pakai daging burger je, cincang sampai halus..lg sedap)
Daun sup & Daun bawang (agak2 la ye)
Bawang Goreng (lebih kurang 3 sudu besar)
Lada sulah
Garam secukup rasa
Telur untuk celup sebelum digoreng



Lenyek kentang rebus dan campur semua bahan kecuali telur. Kemudian kepal-kepalkan ikut saiz yang dikehendaki. Pukul telur dan celup begedil yang telah dibentuk ke dalam telur, kemudian goreng dengan minyak yang panas. Pastikan api tidak terlalu besar, nanti hangus.. Kemudian, siap!! :)


selamat mencuba ye... Sonang jo...


Masak Lemak Cili Api Telur Ikan dengan Mangga Muda

Telur ikan sangat sedap di makan tp tak elok dimakan selalu sebab tinggi kolesterol.. sekali sekala takpe.. hehe.. Arwah mak saya dulu sangat gemarkan telur ikan.. tak kira sama ada goreng mcm tu saje atau pun dibuat berkuah.. yang ni antara kegemaran beliau.. Kalau nak tukar mangga dengan belimbing buluh pun sedap.. Arwah mak penah cakap, kalau nak masak lauk yang sedap, mesti pastikan manis, masin, dan masam cukup dihujung lidah.. klau x cukup smua rasa maka kurang berseri la lauk kita.. sebab itu saya pastikan kesemuanye ada...

Mangga ni saya pakai mangga yang separuh muda.. dia rasa masam-masam manis.. kuah pun rasa lebih sedap.. Lagi satu mak pesan, bila masak jangan kedekut.. bawang biar banyak agar lauk rasa lebih manis.. Saya masak tidak pernah menggunakan serbuk perasa, sebaliknya gunakan perasa semulajadi yg ada ;)


Ni utk makan 2-3 orang..

Telur ikan 300gm (tak kisah telur ikan apa, jgn telur katak sudah la ye ;P)
Cili Api 15-20 biji.. (klau tak kuat pedas, kurangkan ye..)
Santan 1 cawan
Kunyit hidup (lebih kurang besar ibu jari)
Bawang besar 2 biji
Belacan 1 sudu kecil
Serai 1 batang titikkan..
Mangga muda 2 biji
Garam secukup rasa

Cuci dan tos telur ikan bersih-bersih.. Kisar bawang, cili api, kunyit dan belacan dengan sedikit air. Masukkan telur ikan, bahan kisar dan serai dan santan sekali semua dalam periuk. Jangan pasang api dulu. Kacau mesra bagi gaul smua.. perlahan jangan sampai telur hancur. Kemudian baru buka api.. Masukkan garam.. Setelah lauk menggelegak, baru masukkan mangga muda dan biarkan lagi. Kacau sekali sekala, jangan selalu nanti telur hancur. Api jangan terlalu besar ye, nanti santan keluar kepala..ekekeke.. Mangga empuk, lauk dah siap masak.. bole la makan dengan nasi panas-panas... Sedappp!


Oreo Cuppies

Cupcake ni merupakan permintaan ramai.. Saya sendiri pun suka sebab saya mmg suka oreo..heheheh.. Topping buttercream dgn oreo crumble.. ckp byk pun tak guna la...tgk sendiri la ye :)



Yg ni picture belah dalam... nampak sedap tak? nak tau rasanya.. meh la oder.. 16 pcs RM40 je..


Antara yg penah oder this cuppies.. mana yg ingat je yek, ramai la.. lgpun dh lama, otak dh berkarat sikit.. hehehe.. Mazlin, Emyra, Siti Katina, Afidah, Lily, Ros..hmm.. sape lg ye.. tak leh recall la.. apa pun ada yg repeat order 2-3 kali.. tima kasih banyak-banyak ye..


Wednesday, November 10, 2010

Lamb Grill



Hah.. ni first entry about recipe. Lamb grill is my family favorite. Ni today punya lunch menu, sedap makan ngan coleslaw dan garlic bread. Recipe ni sendiri letak ikut sedap anak tekak.. hehe.. klau bakar atas arang lg sedap, wangi.. tp sbb nak mkn kat umah sy bakar atas pan je..hehe..

Lamb cutlet (ada kat supermaket, sy beli kat giant je ada dlm 4-5 pcs)
5 sudu besar sos BBQ (beli siap)
1-2 sudu kecil lada hitam (ikut suka pedas)
5 sudu besar kicap manis
1 sudu serbuk paprika (terpulang nak letak ke tak, bagi wangi je ni)
Sedikit perahan lemon
Sedikit garam
Sedikit gula

(perap semua sekurang-kurangnya 2 jam sebelum bakar.. nak lagi sedap perap semalaman)

Bakar ikut selera.. Mcm saya suka medium, x terlalu masak.. Mr hubby suka fully cook :)


Tuesday, November 9, 2010

Cheese Tart

Cheese tart merupakan favourite saya dan anak (mr hubby x suka smua jenis tart..huhu) klau makan, mesti dkat setengah balang habis..haishhh.. kena control ckit.. tp cuba you all tgk pics ni..leh tahan ke?

Blueberry cheese tart..

Marble cheese tart..

Ha amacam.. terliur kan.. so far feedback memberangsangkan.. Cheese tart ni satu box (50 pcs) RM35 je.. Bole campur2.. ada 2 flavor stakat ni.. Blueberry, Strawberry and Coklat.. Meh la oder kalau nak rasa ;)

rupa before masuk oven..


dah siap packing.. tggl nak antar.. ni smua order masa raya ari tu... Thanx all.. nak mention nama tp x ingat coz ramai sgt... ;)







Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)